KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Januari 12, 2008

Blog Kapak Jangak Bahayakan PAS Kelantan?


By AMIR SYAWAL AHMAD

MUKTAMAR Tahunan PAS 2008 yg dijangka pada bulan Mei ini, pasti panas dgn pelbagai soalan "mohon penjelasan" dari pimpinan Pas Pusat berkenaan pelbagai isu yang melanda parti itu.

Ini berikutan munculnya sebuah blog yang dikendalikan oleh seorang aktivis PAS yang juga
pemilik media Mingguan Wasilah, Ramli Abdul Halim yang berpangkalan di Kota Bharu.

Berbanding sebelum ini, para perwakilan hanya dibekalkan dengan maklumat ketiga dan tidak sempat untuk menyelidikinya.

Ini menjadikan isu-isu dalaman hanya berlegar di kalangan tertentu di luar dewan muktamar tanpa dibahas oleh perwakilan.

Dengan adanya Blog Kapak Jangak, para perwakilan diharapkan dapat menghalusi dan menyiasat kebenaran dakwaan yang diutarakan.

Sekiranya terdapat kebenaran dalam dakwaan tersebut, ia boleh dibangkitkan pada perbahasan dalam muktamar Pas Pusat kelak.

Sekaligus, kemunculan Blog Kapak Jangak yang tidak boleh disekat melalui undang-undang, diharapkan mampu memberikan imbangan dalam Pas selepas ini.

Menurut sumber Jalan Raja Laut dan Pahang Barat, Kuala Lumpur serta Jalan Dato Pati, Kota Bharu, ramai pemimpin Pas mengambil sikap berhati-hati dalam menuturkan sesuatu isu, maklumat dan masej kerana bimbang ia akan disiarkan dalam Blog Kapak Jangak.

Mereka (pimpinan) mulai curiga sesama sendiri, terutamanya kalangan penulis dan wartawan kerana amat bimbang kebobrokan mereka terbongkar dalam blog amatur kendalian Ramli Abdul Halim.

Oleh kerana perbalahan dan perselisihan antara pendokong Harakah dengan wartawan Harakah yang kini sudah meninggalkan akhbar berkenaan begitu ramai, mereka bimbang kumpulan mantan
wartawan Harakah ini bangkit dan menyalurkan maklumat dalaman kepada Kapak Jangak.

Seorang editor memberitahu, Kapak Jangak menjadi enjin yang patut dilayari oleh ahli-ahli PAS bagi memperkasakan kefahaman sebenar politik dalaman Pas dan bukan hanya berdiri pada alam khayalan semata-mata ketika melihat dan membicarakan isu-isu kepimpinan PAS.

Sudah tiba masanya, kata seorang pensyarah Universiti Malaya, PAS berdepan dengan rasiko dalaman, jika ia (Pas) tidak diurus dengan baik.

"Dunia ICT hari ini tidak upaya disekat dengan alasan seseorang ahli itu tidak taat(sighah) kepada pimpinan. Jika mereka rasa ada yang tidak kena, mereka tidak menyalurkan perasaan itu kepada parti sebaliknya akan dipublishkan kepada umum melalui blog-blog dan website-website," ujar beliau.

Bagaimanapun, seorang pendemontrasi yang dikenali Pak Du, menyifatkan Kapak Jangak mampu menyedarkan pimpinan PAS dari melakukan kerja-kerja tidak beretika.

Patutnya, kata beliau, pimpinan lebih takut kepada ingatan al-Quran dan hadis tetapi secara umumnya, kalau diteliti betul-betul, mereka akan lebih takut keburukan mereka dibongkar dalam Kapak Jangak.

Apapun, Kapak Jangak dilihat berupaya memberikan suatu suntikan baru kepada pimpinan PAS agar bekerja kerana Allah dan terus merapati rakyat marhain (mustadh'afin)dalam memberikan khidmat.

Soalnya, apakah perlu setiap negeri atau kawasan mempunyai blog seperti Kapak Jangak untuk menjadi mata dan telinga dalam menegur kebobrokkan pimpinan Pas?

Dan siapakah orang yang mampu mengendalikan blog seperti ini?

Nota Editor: Komen diatas ditulis oleh Amir Syawal Ahmad dalam komen no. 3 pada 3 Januari 2008 jam 7.37 PM dan direspon oleh Ramli Abdul Halim dalam Blog Kapak Jangak pada Respon 106.

Tiada ulasan: