KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Januari 15, 2008

Majalah Iktisad Bil. 9 "Rahsia Bisnes Orang Cina & Potensi Bisnes Halal" Dalam Pasaran!

By TARMIZI MOHD JAM

ALHAMDULILLAH. Dalam kepantasan masa dan kepesatan teknologi, akhirnya Majalah Iktisad Bil. 9 berada dipasaran semalam, Isnin 14 Jan 2008.

Tajuk utama "Rahsia Bisnes Orang Cina & Potensi Bisnes Halal" dengan penekanan fokus isu "bisnes halal dalam Islam". Setelah 72 halaman dan dijual RM4.50 senaskah.

Ia sebuah majalah ekonomi Islam yang membicara isu-isu kewangan, bisnes dan keusahawanan. Diterbitkan oleh Yayasan Muslimin Malaysia Berhad.

Saya selaku Editor Eksekutif dan Dr. Haji Ab. Rashid Haji Dail yang mempengerusikan Sidang Editorial mengalu-ngalukan para pembaca menyumbangkan rencana-rencana darihal ekonomi Islam seperti yang digariskan tadi.

Anda boleh emelkan rencana berkenaan kepada editoriktisad@gmail.com dengan menyertakan nama penuh, profil pendidikan, alamat surat-menyurat, alamat emel dan no telefon untuk dihubungi.

Sebarang pertanyaan pembelian atau pengedaran boleh hubungi terus Pengurus Edaran, Haji Omar Setari pada talian 019-3389870 / 03-61884085.

Terima kasih kepada penyumbang dan terima kasih juga kepada pembaca yang setia.