KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Januari 19, 2008

MEMBUKUKAN Sejarah 22 Tahun PAS Kawasan Batu

Cikgu Ishak Surin bersama Ketua Penerangan PAS Wilayah, Cikgu Azharuddin Husein. Pemimpin veteran dua sejoli yang terus berjuang dan berjuang dalam PAS...

By TARMIZI MOHD JAM

MENULIS tentang sejarah, memang seronok. Sejarah itu pula, bukannya sejarah 50 tahun kemerdekaan rekaan Umno dan penjajah. Tetapi sejarah PAS Kawasan Batu.

Ia sudah 22 kali mengadakan Mesyuarat Agung Tahunannya. Ini bermakna usia PAS Batu sudah 22 tahun. Dilahirkan pada 1986, selepas tercetusnya era kepimpinan ulama.

Yang Dipertua no wahidnya ialah Datuk Nakhai'e Haji Ahmad yang ketika itu Naib Yang Dipertua PAS. Beliau menyertai Umno pada tahun 1989 dan kini dilantik Yang Dipertua YADIM.

Kemudian, disusuli oleh ayahanda Cikgu Ishak Surin, Ir. Khalid Samad, Allahyarham Yusof Sulaiman, Sdra. Shamsuddin Yaakob, Allahyarham Ustaz Mansor Din, Ustaz Ibrahim Mohd Raja dan kini, Cikgu Ishak kembali mengetuai kawasan yang ditandingi oleh PKR ini.

Cawangan pertama ditubuhkan ialah Kg. Padang Balang, dikelilingi Kg. Bandar Dalam, Kg. Bandar Dalam Hilir dan Kg. Changkat.

Jalan pintas antara Taman Melewar ke Jalan Gombak-Sentul, akan melintasi kampung ini yang dimercutandakan dengan Markaz PAS Cawangan yang menjadi pusat pendidikan PASTI.

Saya diminta menyediakan bahan dan menulis semula sejarah unik ini. Sebagai rujukan masa depan, kata Cikgu Ishak dan Setiausahanya, Haji Ismail Yahya.

Kepada Haji Subky Latiff, Ustaz Hassan Shukri, Ir. Khalid Samad, Sdra. Shamsuddin dan ramai lagi, Insya-Allah saya akan bertandang mendapatkan info.

Ustaz Hassan pernah bertanding kerusi ini, tapi hilang wang pertaruhan. Adalah talinya saya berkunjung ke rumah mantan Timbalan Presiden PAS ini dan mantan Pesuruhjaya PAS Wilayah yang juga regu saya ketika bertanding dalam pilihan raya umum 1995 di Parit, Haji Subky Latiff.

Tiada ulasan: