KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Januari 15, 2008

RESPON POSITIF Artikel Agar Salahuddin Ayub Persiapkan BLOG INTRAKTIF Sendiri!


By TARMIZI MOHD JAM

TULISAN yang berupa cadangan saya kepada YB Salahuddin Ayub dalam artikel bertajuk "Mengapa Tidak Salahuddin Ayub Berinteraksi, Berkomunikasi Guna Blog Cetus Impak Berganda?" mendapat beberapa respon.

Artikel ini mula tersiar pada 14 Jan lalu; juga turut disiarkan oleh Harakahdaily, Detikdaily, Laman Marhain dan Tranungkite.

YB Salahuddin Ayub sendiri memberi respon peribadinya terhadap cadangan saya itu. Beliau dismskan responnya kepada saya: "T kasih byk d atas pandangan enta kpd ana... nak buat tu yang payah... kita kena sembang panjang nanti!"

Respon menarik dari Harakahdaily:

Dihantar oleh skamalidz, on 17-01-2008 15:41
InsyaAllah, satu anjakan paradigma perlu dilakukan oleh YB bagi mendapat impak yang berganda. Saya sokong cadangan TMJ yang saya kenali melalui tulisannya.Sambutlah sahabatku... YB Salahuddin. Siru'ala barokatillah

Dihantar oleh alMisbah, on 17-01-2008 11:44
Assalammualaikum. ana menyokong penyataan ini. Apa lagi, remaja kini asyik dengan teknologi terkini. INSYAALLAH,segala usaha demi menegak kalimah ALLAH pasti menghasilkan buah iman.

Antara respon diterima dari Tranungkite:

Dari: man71 on Monday, January 14 @ 18:33:49 MYT
YB Salahuddin berjiwa besar, semogo allah memberi kekuatan dan lebih berwibawa. Allah bersama mu YB... kami dibelakang mu.

Dari: demokrusi on Tuesday, January 15 @ 01:10:00 MYT
Saya amat bersetuju dengan pandangan dan cadangan sdr penulis, diharapkan agar DPP akan mengambil inisiatif membantu KDPP kita utk merealisasikan blog tersebut. Internet dan politik sudah menjadi satu yang mulai popular dinegara kita yang terkenal dengan media terkongkong, walaupun ada menteri yg berhujah kalau media massa diM'sia terkongkong dah lama internet ditutup. Bangang punya menteri, sebab media massa dikongkong kerajaan la ramai org beralih ke internet dan buat blog lepas tu dugut tangkap blogger. Mcm ni nak jadi negara maju, pihi raah mabuk. Berbalik kpd cadangan diatas saya juga mencadang supaya BA Pas mahupun PKR menjadikan pusat2 khidmat atau markas2 mereka tempat yg ada akses ke internet dan didik masyarakat setempat utk akses maklumat yg berselerak dalam laman web BA.

Dari: demokrusi on Tuesday, January 15 @ 01:12:19 MYT
Berkongsi sumber maklumat bagaimana internet dan politik dimanfaatkan dinegara lain dengan kajian oleh pakar2 di Eropah.

Respon dari semua pihak diucapkan terima kasih. Ini memperlihatkan keprihatinan kita terhadap keperluan seorang pemimpin massa memiliki blog dan mendalamai dunia ICT.

Tiada ulasan: