KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Januari 04, 2008

Isu Dr Chua PANAS Di Laman Web YOUTUBE!

Sebuah laman popular seluruh dunia, youtube menjadi perhatian hangat pengunjung internet. Sehingga Khamis malam ada 45 posting yakini bahan sudah dimuatkan. Satu diantaranya dilayari oleh lebih 900,000 pengunjung.

By AGENDADAILY.COM

SELAIN di akhbar dan televsiyen, kes Datuk Seri Dr Chua Soi Lek juga hangat di youtube iaitu sebuah laman web yang popular di seluruh dunia dimana sesiapa saja bebas memuatkan klip-klip video.

Yang dimuatkan bukanlah klip video adegan seksnya dengan wanita tetapi berbagai lakaran mengenainya termasuk berbentuk sindiran.

Sehingga Khamis malam ada 45 posting yakini bahan sudah dimuatkan. Satu diantaranya dilayari oleh lebih 900,000 pengunjung.

Sementara itu Khamis sekumpulan tujuh anggota forensik dari Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman melawat sebuah hotel bertaraf empat bintang di Batu Pahat, lokasi dimana rakaman aksi seks Dr Chua dilakukan oleh orang yang tidak dikenali.

Mereka yang terdiri dari enam lelaki dan seorang wanita tiba di hotel ini kira-kira 3.35 petang dipercayai untuk memulakan siasatan.

Dr Chua yang berasal dari Batu Pahat dikatakan sentiasa menginap di hotel tersebut apabila menghadiri majlis MCA dan kerajaan di daerah itu.

Tiada ulasan: