KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Januari 12, 2008

Berbaloikah Lawatan Haji Hadi Awang Ke Wilayah Persekutuan?

Di manakah kewarasan kita dalam memanfaatkan lawatan Presiden ketika demam pilihan raya membahang dan rakyat perlukan pemimpin yang mampu membela nasib mereka?

By TARMIZI MOHD JAM

SEPATUTNYA Presiden PAS, Haji Abdul Hadi Awang dijadual berangkat melawat PAS Wilayah Persekutuan pada 13hb. Januari 2008 ini.

Satu program besar menyambut kehadiran beliau dan Ustaz Ahmad Awang serta Dr. Harun Din telah disusun oleh Badan Perhubungan dengan kerjasama Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri (JPN) dengan menumbangkan seekor lembu untuk kenduri rakyat.

Ia adalah rangka program PAS Pusat dalam aktiviti Presiden mengunjungi negeri-negeri atas nama “Jelajah Presiden PAS” dan mengangkat tema “Gelombang Kuning Semarak Hijau”.

Parlimen Titiwangsa yang bakal ditandingi PAS, telah dipilih sebagai tuan rumah.

Namun, program ini baru dibatalkan dan akan ditunda kepada suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak kerana Presiden dan semua Ahli Jawatan Kuasa Agung pada tarikh itu berada di Kuala Terengganu.

Saya, salah seorang dari yang membincangkan idea dan tentatif program, berasa tidak selesa dengan rangka program yang “mudah” atau “remeh”. Jawapannya, kehadiran Presiden itu sudah tentu tidak dapat dimanfaatkan secara efektif dan kolektif di Wilayah.

Suka saya menarik perhatian, tentang tentatif yang diatur untuk memanfaatkan Penasihat Umum PKR, Anwar Ibrahim dalam kebanyakan lawatannya ke negeri-negeri.

Anda boleh layari blog Anwar dan laman web parti PKR untuk mengikuti program sendat beliau ke negeri-negeri bagi diaplikasikan oleh PAS. Tiada rugi dan salahnya saya berbicara begini!

Sebagai orang politik, keberkesanan lawatan Presiden itu penting dan pelbagai program yang boleh mencuit hati rakyat juga maha penting kerana “rakyat” itulah grassroot atau akar umbi yang sukar ditemui di luar musim demam pilihan raya.

Ini tidak bermakna, saya menafikan langkah PAS Wilayah yang hanya sekadar menghimpunkan jentera pilihan raya seluruh negeri bagi mendengar "Amanat Presiden".

Tetapi, sesekali Presiden turun, biarlah berbaloi “turun padang” Presiden itu dimanfaatkan untuk kepentingan kawasan yang bertanding seluruhnya.

Soal masa yang terhad tidak timbul, jika kita mengembelingkan tenaga dan membentuk tentatif yang efektif.

Lawatan Presiden yang sepatutnya untuk bertemu rakyat akhirnya disudahi dengan pertemuan mesra petugas pilihan raya.

Bak kata orang Pulau Pinang, “pi mai- pi mai tang tu jugak”.

Mari kita lihat jelajah atau lawatan Anwar Ibrahim ke Perak sebagai pembuka minda untuk berfikir dan merintis tentatif efektif, pada masa depan.

Agar sesuatu lawatan oleh tokoh yang berpengaruh seperti Presiden dapat dimanfaatkan sehabis mungkin untuk kepentingan rakyat dan parti.

Sekadar Contoh Lawatan Anwar Ibrahim Ke Perak Darul Ridhwan Pada 4 Januari 2008, Jumaat:

1.00pm : Ketibaan DSAI Di Tol Exit Kuala Kangsar
1.15pm : Sembahyang Jumaat Di Masjid Ridwaniah, Kuala Kangsar

2.00pm : Perjumpaan Masyarakat Cina dan India
Tempat: : Taman Chandan Puteri.

2.30pm : Perjumpaan Masyarakat Sayong, Tepi Sg. Perak
3.20pm : Bertolak Ke Pantai Remis

3.30pm : Perjumpaan Singkat Komuniti Kg Senggang (Kubu Kuat UMNO) - Terdapat projek PPRT yang diusahakan oleh DSAI ketika TPM

6.00pm : Jamuan Makan Malam Bersama Rakyat
Tempat : Pantai Remis

7.15pm : Sembahyang Maghrib
Tempat : Surau Sri Manjung Lama, Bandar Sri Manjung.

8.30pm : Perasmian Bilik Gerakan
Tempat : Pekan Setiawan

9.30pm : Ceramah Umum
Tempat : Kg Koh

10.30pm : Ceramah Perdana
Tempat : Teluk Rubiah, Sri Manjung.


Sebarang pertanyaan, sila hubungi Sdr. Tai Sing Ng 019-3816928, Sdr. Anuar Zakaria 012-5162685, Hj Suwardi 013-5305904.


Sekurang-kurangnya terdapat 10 program yang dimanfaatkan oleh Anwar atau PKR untuk bertemu rakyat termasuklah solat Jumaat, Maghrib dan Isyak. Pada hemat saya, gerakan yang patut dilakukan segera hari ini ialah fokus bertemu pengundi bukannya menyajikan petugas dan jentera pilihan raya kepada Presiden.

Hati pengundi mesti ditekuni dan dirapati oleh pemimpin tertinggi. Pemimpin kecil sudah tentu tidak mampu mengetuk pintu hati mereka kerana dinding aura dan wibawa yang tebal.

Tetapi, jika Presiden yang bertepuk-tampar, bertanya khabar, minum bersama dan turun padang serta mengintai masalah rakyat, maka tentu sekali ia akan menyentuh hati nurani rakyat.

Itulah yang sedang dipraktik oleh Anwar Ibrahim, sama ada sedar atau tidak, setuju atau menentang.

Pertemuan dengan jentera pilihan raya patut dianjurkan khas oleh Badan Perhubungan PAS Wilayah dengan Presiden dalam suasana tertutup.

Jika himpunan seperti yang akan diadakan di Titiwangsa itu bersifat terbuka dengan jentera dalaman, ia tidak ubah seperti pertemuan "tertutup" yang gagal mencapai sasaran sebenar.

Malah sebelah malamnya, himpunan di sebelah pagi diulangi dalam istilah yang berbeza “ceramah umum” yang disertai Presiden, Haji Abdul Hadi Awang, Naib Presiden, Haji Ahmad Awang dan Timbalan Mursyidul Am, Dr. Harun Din Al-Hafiz.

Walhal, kehadirannya adalah orang yang sama.

Jadi, di manakah kewarasan kita dalam memanfaatkan lawatan Presiden itu?

Dalam isu ini, saya lebih setuju agar PAS Pusat melalui Lajnah Penerangannya, menggubal tentatif yang wajar dan bermanfaat setiap kali Presiden dihidangkan ke negeri-negeri agar lawatan dan kehadiran beliau mendapat manfaat politik semua pihak.

Tiada ulasan: