KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Januari 04, 2008

Cakap Tak Serupa Bikin: Kementerian Kesihatan Kempen Minta Rakyat Jauhi Seks Luar Nikah!

Apakah gejala begini sihat dan dibenarkah syarak? Inilah antara gejala yang meransang kepada seks luar nikah akhirnya, jika tidak dibendung. Rakyat harus edar perkara ini dan puncanya mesti hapuskan.

By HARAKAHDAILY


BERIKUT ialah pesanan dari Kementerian Kesihatan Malaysia, antaranya jauhi seks luar nikah dan setia kepada pasangan anda.

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menganggarkan lebih 333 juta kes baru penyakit kelamin (STD) setiap tahun.

Terdapat lebih 20 jenis STD antaranya sifilis, gonorrhea, HIV/AIDS, klamidia, trikomoniasis, kandidiasis, dan herpes adalah tujuh STD yang paling kerap menjangkiti penduduk Malaysia.

Pesanan ini boleh didapati dalam kempen-kempen yang dibuat Kementerian Kesihatan Malaysia dalam brosur-brosur yang terdapat di klinik kesihatan mahupun hospital-hospital besar.

Begitupun dua hari lalu, Dr Chua Soi Lek yang telahpun meletakkan jawatannya sebagai Menteri Kesihatan semalam mengaku terbabit dengan seks luar nikah dengan rakan karibnya.

Nampaknya Soi Lek sendiri ingkar dengan pesanan dari kementerian yang diterajuinya sejak Dato' Seri Dr Chua Jui Meng meninggalkan posisi itu selepas Pilihan Raya 2004.

Akibat seks luar nikah itu juga Soi Lek terpelanting dari jawatan Naib Presiden MCA dan Pengerusi Perhubungan MCA Johor serta Ahli Parlimen Labis.

Apakah penggantinya akan meminda kempen itu atau sebaliknya, terpulang kepada siapa penggantinya.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

,) energies are capable of treating the surface of the skin and the deep dermis, but do not treat the middle layer
of the dermis and thus cannot achieve complete non-surgical rejuvenation or
a non-surgical face-lift. Better and quicker results are more achievable even with difficult noses (due to severe trauma or in asymmetrical faces).
By changing the size & shape of the nose, this cosmetic nose
can positively influence the balance of facial features.


Also visit my page: Miami Plastic Surgery