KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Januari 19, 2008

KESIAN Tok Guru Nik Aziz, Nampak Makin Letih!

Tok Guru Nik Aziz merenung jauh, melihat masa depan Kelantan selepas pilihan raya kali ini? Tidak lagi, menenung siapakah bakal penggantinya!

By IBNU HASYIM

TULISAN saya yang lalu, ‘Saya Tegaskan, Memang Politik Kelantan Dalam Bahaya…’ menyebab seseorang menelefon saya, katanya, “Kesian Tok Guru Nik Aziz, nampaknya beliau makin letih… Takde ke yang nak ganti?”

Saya tanya balik, “Adakah letih kerana umurnya, atau kerana semangat dan kerjabuatnya?”Sebelum dia jawab, saya ulas dulu.

“Memang dari segi umur (saya agak sekitar 70 tahun) dan tubuh zahirnya nampak macam letih atau lemah. Bahkan dari dulu lagi pun..

Teringat saya, waktu sebelum PAS tawan Kelantan (1990) … saya dan kawan-kawan pernah bermalam bersama-sama Tok Guru di Pejabat Agung PAS di Jalan Pahang, KL.

Beliau khabarnya waktu itu pun sudah terpaksa mandi air suam pagi hari kerana mengawal kesihatan. Beliau sentiasa tidur awal berbanding dengan kami yang muda-muda tidur lewat hinnga menjelang pagi.

Kadang-kadang waktu Tok Guru nak melangkah ke bilik air beberapa jam menjelang subuh, beliau secara diam-diam membantu tutup aurat antara kami yang bergelimpangan sedang nyenyak tidur tak sedar aurat terbuka atau kain terselak.

Begitu, sifat rendah diri beliau.

Saya sendiri pernah tersedar beberapa kali sebelum subuh melihat beliau sentiasa asyik bertahajjud dengan khusyuk… Nampaknya, beliau yang dianggap lemah rupanya kekuatan rohaninya amat gagah melebihi kami.

Walaupun kami berbadan tegap kuat dan ada yang macam ahli gusti. Kekuatan rohani rupanya mempengaruhi kekuatan jasmani beliau. Itu dulu, apalagi sekarang setelah jadi pemimpin tertinggi umat, telah teruji dengan pelbagai cubaan dan tribulasi.

Semangatnya tidak letih bahkan lebih kuat dari yang muda-muda. Itu yang saya ingat kalau tidak salah. Dalam politiknya pun begitu.

Beliau begitu tegas dan keras dalam menegur pemimpin kerajaan pusat. Mula-mula perintah Kelantan, dalam kes Pergau. Kes yang melibatkan pengambilan tanah Kelantan oleh kerajaan Pusat.

Kerajaan pimpinannya begitu tegas dengan Kerajaan Persekutuan, pertahankan hak rakyat Kelantan, sehingga menang total.

Tidak seperti dalam kes perampasan royalti minyak di Terangganu, kerajaan Terengganu pimpinan PAS memilih jalan diplomasi lembut, yang akhirnya tinggal serabut.

Begitu juga dalam menegur dan memecat pimpinan dibawahnya. Beliau mampu merubah, menukar atau memecat, meletakkan yang ahli pada tempatnya, walaupun pimpinan itu pernah membantu menaikkan beliau atau menanam budi pada beliau.

Hingga kawan dan lawan beliau sendiri yakin dan percaya pada keikhlasan (bertindak kerana amanah Allah) beliau. Yang disingkir pun pernah dinaikkan semula bila tiba masanya yang sesuai.

Tiada dendam dan kesumat.Begitu juga ketegasan dalam cara hidup sederhana beliau. Beliau mempelopori cara hidup sederhana dalam kerajaan pemerintahannya, mulai dengan dirinya, yang agak berbeza dengan pimpinan PAS memerintah Terengganu.

Mungkin itulah salah satu sebab kerajaan pimpinannya boleh bertahan lama berbanding Terengganu.Saya pernah dengar ceramah dalam keset pengajiannya, beliau memilih cara hidup sederhana seperti seorang sahabat Nabi SAW bernama Abu Zar orang Ghifar.

Ciri-ciri hidup yang sama dengan Khalifah Islam ke II Umar bin Khattab atau pemimpin Bani Umaiyah Umar bin Abdul Aziz. Beliau tetap pertahankan prinsip gaya hidupnya sejak dari jadi guru agama hingga ke jadi Menteri Besar sampai sekarang.

Bukan macam setengah-setengah ustaz, sebelum dapat kuasa memuji cara hidup Umar Abdul Aziz, lepas dapat kuasa tiada lagi pujian-pujian seperti itu…

Mungkin setelah ada kuasa dan harta, mereka pilih cara hidup Muawiyah bin Abu Sufian, pimpinan pertama dari Bani Umaiyah yang seakan-akan memilih gaya hidup mewah.

“Kalau begitu Tok Guru tak perlu diganti lagi le?” Kawan saya itu tanya lagi. “Memang tak perlu diganti selagi tenaga beliau masih diperlukan, tetapi kena siapkan pengganti atau pelapis.

Seperti sahabat-sahabat Nabi SAW memilih pengganti Nabi selepas kewafatan beliau. Iaitu memilih orang yang menjadi imam sembahyang mengganti beliau sewaktu beliau sedang gering, hampir wafat.

Maknanya Nabi tidak pencen setelah tua. Begitu juga sahabat-sahabat beliau seperti Abu Bakar, Umar, Usman, Ali dan lain-lain yang mati dalam perjuangan.

Tidak timbul soal kasihan. Yang patut kita kasihan ialah orang yang mati bukan dalam perjuangan menegakkan Islam.

Na’auzubillah!”
“Jadi, tak boleh kesian ke?”
“Kalau kasihan kepada Tok Guru, cari orang suruh undi PAS!!”
Wallaku aklam.

Tiada ulasan: