KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Januari 15, 2008

Respon PRO & KONTRA Artikel "Berbaloikah Jelajah Presiden Ke Wilayah?"

Kunjungan Presiden PAS ke mana-mana sahaja, patut dimanfaatkan dengan pelbagai program yang boleh menyentuh hati rakyat...

By TARMIZI MOHD JAM


SATU lagi tulisan saya mendapat banyak respon dari pengunjung. Tulisan ini merupakan suatu teguran dan kritikan terhadap PAS Wilayah Persekutuan dalam meraikan program "Jelajah Presiden PAS".

Artikel yang bertajuk "Berbaloikah Jelajah Presiden PAS Ke Wilayah?" dianggap sensitif tetapi masih boleh dibincang secara terbuka dalam konteks pengdemokrasian PAS.

Artikel ini mula tersiar pada 12 Jan lalu; juga turut disiarkan oleh Harakahdaily, Detikdaily, Laman Marhain dan Tranungkite. Antara respon diterima dari web lidah rasmi PAS, Harakahdaily:

Dihantar oleh ahmad, on 14-01-2008 23:43

Sokong betul pendapat penulis... Jangan jadi macam rama-rama selesa dalam kepompong sendiri. Bila dah keluar hidupnya tak lama. Biar jadi lebah melata mencari manisan hinggap pada semua bunga dikumpul setempat jadi madu berkat buat umat lawatan pemimpin!

Dihantar oleh pendokong atas pagar, on 14-01-2008 16:41
Setuju! Setujuuuuu......

Dihantar oleh wildan, on 14-01-2008 13:00
Saya amat setuju dengan penulis agar program Jelajah Presiden bukan sekadar bertemu petugas PAS tetapi bertemu rakyat@pengundi. Jentera dan penganjur program perlu bijak.. Jangan sekadar buat program saja hasil tak seberapa.... Hayati strategi Hijrah Nabi s.a.w. Nabi bukan setakat berhijrah tetapi mengajar umat agar mengkaji strategi yang Nabi buat.

Dihantar oleh Yang Benar, on 14-01-2008 12:27
Apa la penulis, memang dah tau PAS bukannya reti sangat nak atur program2 yang berfaedah. Tu la, bila kalah terus salahkan orang lain. Kalau ikut contoh anwar memang la sebab anak buah anwar tu semuanya bekas2 orang umno yang sememangnya diketahui pakar dalam perancangan politk.

Dihantar oleh Ahmad Sulaiman, on 14-01-2008 09:57
Saya berharap media harakah dapat mempaparkan tokoh-tokoh kepimpinan dari PAS dan Keadilan untuk diperkenalkan kepada rakyat umum, krebeliti dan ketokohan masing-masing sebelum PRU12. sebagai bakal pimpinan negeri dan negara sekira BA dapat memerintah M'sia.

Dihantar oleh Pemuda Kedah, on 13-01-2008 12:38
Kami merindui Kepimpinan seperti Ustaz Fadzil yang Berjiwa Rakyat!

Dihantar oleh Din Terengganu, on 13-01-2008 13:01
Saya bersetuju penuh dengan cadangan supaya program untuk Presiden bertemu rakyat (pengundi) diperbanyakkan berbanding dengan program ceramah iaitu seperti yang dilakukan oleh DSAI. Ceramah hanya dihadiri orang yang sama dari penyokong PAS, padahal bertemu rakyat terdiri dari pelbagai lapisan yang termasuk dari bukan penyokong PAS, yang kita mahu orang di luar PAS akan menyokong PAS. Barisan pimpinan PAS cuba fikir-fikirkan.

Dihantar oleh Din Terengganu, on 13-01-2008 12:31
Saya bersetuju penuh dengan cadangan supaya program untuk presiden bertemu rakyat (pengundi) diperbanyakkan berbanding dengan program ceramah iaitu seperti yang dilakukan oleh DSAI. Ceramah hanya dihadiri orang yang sama dari penyokong PAS, padahal bertemu rakyat terdiri dari pelbagai lapisan yang termasuk dari bukan penyokong PAS, yang kita mahu orang di luar PAS akan menyokong PAS. Barisan pimpinan PAS cuba fikir-fikirkan.

Antara respon diterima dari web Tranungkite:
Dari: by PUTIQ on Saturday, January 12 @ 18:07:28 MYT
Pandangan yang baik. Syabas!

Dari: by SHIMAHASBI on Saturday, January 12 @ 18:37:17 MYT
Saya amat bersetuju tentang perkara tersebut tetapi dari satu sudut yang lain dibimbangi lebih memudahkan pihak tertentu untuk mengaturkan sesuatu perancangan jahat mereka.

Dari: by mus394 on Saturday, January 12 @ 19:17:10 MYT
Bernas dan mulakan segera, tiada masa untuk sambil lewa...

Dari: by TaRakNamA on Saturday, January 12 @ 23:33:38 MYT
http://taraknama.tblog.com

Inilah masalah UTAMA PAS sekarang... Selaps terduduk 2004 tak mahu belajaq buat PR sungguh2.. Tak mahu guna peluang seada2nya... Dah banyak kali dah aku dok kata kat sini... "kita telah ada ramai orang dok merewang depan pintu rumah kita... tapi kita tak buka pintu sebaik2nya nak bagi mereka kenal tuan rumah... Lalu mereka pun belah cam tu jaaa..."

Dari: by pemuda_putrajaya on Sunday, January 13 @ 07:38:25 MYT
Pandangan yang baik tapi x perlu disiarkan perkara remeh temeh macam ni kepada umum... Hantar cadangan ni kepada penganjur Program Jelajah Presiden bukan kepada umum. Penulis (Tarmizi Mohd Jam) pun salah seorang ahli komiti dalam Lajnah Penerangan dan terlibat dengan perbincangan tentatif...

Kritikan dan teguran terus sampaikan kepada Lajnah Penerangan Pusat. Bukan di ruangan yang macam ini dan ana rasa Lajnah Penerangan Pusat akan menerima dengan hati yang lapang, jika cadangan itu perlu untuk diterima. Kita ada adab-adab dan saluran-saluran untuk mengkritik. Tidak semua perlu disampaikan kepada umum. Bukan populariti yang perlu diutamakan, tapi keberkesanan kritikan... Maaf klu berani mengkritik... mesti berani untuk mengkritik!

Dari: by anjelaktai on Sunday, January 13 @ 08:55:33 MYT
Pandangan yang baik untuk PAS ambil tindakan segera... Apatah lagi ketika peluang yang banyak (isu) untuk dimanfaatkan ketika ini. Gerak kerja utama sekarang bukan lagi tertumpu kepada kumpulan2 'hardcore' dan 'pendokong2 PAS sebaliknya berusaha mendekati kalangan yang sedang merewang2 di depan pintu PAS (spt taraknama jelaskan)... Kekurangan yang jelas ketika ini ialah PAS kekurangan pengatur strategi terutama di beberapa negeri & kawasan yang kelihatan seperti tidak berupaya menggerakkan program untuk mendekatkan PAS dgn kelompok2 di luar PAS.

Dari: by osmaismail (abangtua72@yahoo.com) on Sunday, January 13 @ 11:36:44 MYT
Perjuangan tidak menampakkan hasil yang segera. Menyemai benih hari ini tidak mungkin menikmati hasilnya hari ini. Hasil dipungut mungkin sebulan,setahun,sekurun bahkan seabad. Perjuangan untuk agama hanya Allah yang menentukan... Teruskan perjuangan mu Ayah Chik.

Dari: by IslamicMuhandis on Monday, January 14 @ 21:56:20 MYT
Saya bersetuju dengan cadangan itu... Tentunya kehadiran Presiden kita Tuan Guru Hj Hadi patut di manfaatkan... Sepatutnya pihak penganjur lebih peka... Saya amat tertarik dengan dialog terutama di kedai-kedai atau restoran yang seringkali menjadi medan terbaik untuk melebarkan pengaruh dan watak sebenar PAS untuk membantu rakyat ,mungkin yang UMNO dan atas pagar jarang dan tidak mungkin ke ceramah pas tapi bila aktiviti ini iadakan memberi gambaran kepada mereka...

Terima kasih banyak atas keprihatinan anda semua menegur dan membina PAS dalam apa jua lanskap dan senarionya selama ini!

Tiada ulasan: