KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Januari 04, 2008

Perlukah Polis 'Usung Tilam Hotel' Siasat Kes Soi Lek?


Jika kes Soi Lek ini disiasat, ada kemungkinan tak polis akan mengusung tilam sama macam kes Anwar? Yang terang, Anwar tidak mendapat tempat pembelaan melalui media ketika itu berbanding Soi Lek hari ini.

By WAN NORDIN WAN YAACOB

MENJENGAH sebentar kes seks luar nikah membabitkan bekas Menteri Kesihatan, Dato' Seri Dr Chua Soi Lek, penulis teringat bagaimana mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim diaibkan dengan tuduhan 'skandal seks luar tabii' yang mengakibatkan beliau terpelanting dari jawatan nombor dua kerajaan dan Umno.

Meskipun kes itu satu dakwaan 'palsu', namun Anwar ketika itu terpaksa akur dengan pemecatan yang dibuat bekas 'boss' nya, Tun Dr Mahathir Mohamad dan berlakulah gelombang reformasi berikutan pengaiban yang tidak berasas itu.

Pengaiban itu seterusnya diikuti dengan pemenjaraan Anwar dan rakyat yang terasa ditipu melakukan gerakan reformasi besar-besaran yang mengakibatkan perubahan yang agak besar dalam Pilihanraya Umum ke-10.

Tuduhuhan itu begitupun terhindar dengan kemenangan perbicaraan kes rayuan Anwar yang menyaksikan beliau bebas pada tahun 2004 setelah terpenjara kira-kira enam tahun lamanya.

Ketika tuduhan seks luar tabii cuba dikaitkan dengan Anwar, segala macam bukti cuba diutarakan semata-mata untuk meyakinkan rakyat Anwar benar0benar bersalah.

Dari pengakuan oleh konspirator antaranya Ummi Hafilda Ali, penahanan adik angkat Anwar, Sukma Dermawan Saasmitaatja dan Dr Munawwar Anees hinggalah kepad pengusungan tilam yang dikatakan mempunyai kesan akibat aktiviti 'luar tabii' hinggakan ianya menggemparkan Malaysia.

Penafian Anwar lansung tidak diendahkan media arus perdana hingga menyebabkan rakyat begitu marah dengan kepimpinan negara ketika itu.

Dalam kes skandal sek Soi Lek berbeza, media meringankan beban yang ditanggung bekas Naib Presiden MCA itu dengan memberi laluan mudah kepadanya untuk menggunakan lapangan media untuk membuat kenyataan.

Meskipun kes itu telah diakui oleh Soi Lek akan keterlibatannya dalam 'adegan lucah' bersama seorang wanita yang didakwanya sebagai rakan karibnya, namun media seolah-oleh membuat pembelaan dengan membenarkan Soi Lek melepaskan semua rasa 'kecewa' melalui laporan khas dua hari berturut-turut.

Media-media eletronik umpamanya menanyangkan hampir keseluruhan kenyataan Soi Lek sewaktu bekas Ahli Parlimen Labis itu mengaku terbabit dengan skandal tersebut selain suara sokongan dari pemimpin bahagian termasuk Ketua Bahagian Umno Labis yang nampaknya menyebelahi Soi Lek.

Alasan konspirasi digunakan bagi menyedapkan 'hati-hati rakyat' terutamanya bagi melembutkan kemarahan rakyat yang katanya sukar menerima kenyataan pemimpin mereka terbabit dengan isu sosial.

Pengakuan demi pengakuan dan kenyataan demi kenyataan dilaporan secara penuh seolah-olah untuk membersihkan nama BN, MCA dan Soi Lek sendiri yang kononnya diganggu 'privacy' nya.

Malangnya kesempatan mendapatkan ruang dalam media utama termasuk media elektronik tidak dirasai Anwar sewaktu 'tilam' yang cuba dikaitkan oleh pemerintah zamannya diusung ke mahkamah sebagai bukti kononnya.

Seorang rakan yang menaiki bas bersama penulis dari Seremban ke Kuala Lumpur pagi tadi secara sepontan bergurau dengan penulis menyatakan 'Jika kes Soi Lek ini disiasat, ada kemungkinan tak polis akan mengusung tilam sama macam kes Anwar'.

Penulis terdiam...fikir-fikirkanlah.

Tiada ulasan: