KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Januari 18, 2008

Minggu Ini Agak Sibuk. Maaf Tak Dapat Tulis Untuk Pelayar Internet!

By TARMIZI MOHD JAM

MINGGU ini nampaknya saya betul-betul sibuk. Dua hari kelmarin, menghadiri penubuhan "Group Universiti Ulu Klang" di sebuah restoran Danau Kota.

Ia bertujuan untuk menggerakan perubahan minda politik. Penulis prolifik, Dr. Mohd Hasyim ditugaskan mengendali dan mengkordinatorkan team ini agar menjadi lebih terkesan.

Semalam pula, hadir ke Mesyuarat Jabatan Pilihanraya Negeri (JPN) PAS Wilayah di Markaz PAS Pusat, Taman Melewar.


Ada cerita panas, nampaknya. Tetapi, saya akan ambil sikap "tunggu dan lihat". Bukan mengalah! Nak tengok sejauh mana pencak silat dibuka.

Hujah semalam, tidak bernas kerana tiada dalam kotak fikir saya, ianya akan timbul dan dianggap begitu kontroversi.

Namun, saya tetap tidak percaya, masih ada senario dan lanskap politik begitu dengan kotak fikir kita yang mengundur ke belakang.

Patutlah, muka-muka sebelum ini tiada dalam mesyuarat itu, tiba-tiba muncul pula. Rupa-rupanya ada agenda! Dari dulu sudah diperhatikan, lagak dan gayanya mudah diramal.

Malam ini pula, menghadiri Mesyuarat PAS Kawasan Batu. Banyak tentatif. Mesyuarat cawangan sudah bermula. Program-program "Bahaya BN" akan diatur. Tapi, kami di Batu tidak bertanding.

Hebat! Hebat! Kata Pak Haji Kader Tauhid, salah seorang AJK PAS Kawasan Batu yang telahpun veteran tetapi hatinya keras dan muda.

Tiga hari sebelum ini, PAS Batu adakan mesyuarat khas bagi membincangkan laporan pendaftaran cawangan ke Pejabat Pendaftaran dan siapsiaga meraikan Program Jelajah Presiden.

Kepada Ketua Pengarang HarakahDAILY, Webmaster Tranungkite, KLPos dan Laman Marhaen, saya mohon maaf kerana tidak dapat mengisi apa-apa analisis dan berita untuk laman kendalian Sdra-Sdra sekalian. Maaf!

Esok Insya-Allah. Saya akan mengetuk keybord semula! Dan akan hantar beberapa analisis dan berita semasa.

Tiada ulasan: