MAKIN GAWAT! Ikrar taat setia kepada Sultan Perak yang ditandatangani sewaktu menubuhkan Kerajaan Perak 8 Mac 2008 lalu, sudah diradak, ditarah, diinjak-injak apabila terdapat Adun Pakatan Rakyat mahu melompat parti.
Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang menuduh Adun Behrang dan Adun Changkat melanggar ikrar taat setia kepada SultanPerak, Sultan Azlan Shah jika benar mereka mahu keluar dari kerajaanPakatan Rakyat Perak.
Ujar Ahmad, kesemua 31 Adun Pakatan Rakyat telah membuat ikrar taat setia kepada Sultan Perak ketika membentuk kerajaan negeri selepas pilihan raya Mac lalu.
Bagaimanapun jika dua Adun itu bertindak sebaliknya, ia boleh dituduh melanggar ikrar seterusnya menderhaka kepada Sultan.
"Semasa membentuk kerajaan Perak yang diketuai Menteri Besar, Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin, dua adun ini pernah membuat masalah (sebelum pelantikan Menteri Besar) yang menyebabkan Sultan bertitah agar pembentukan kerajaan ini jangan dipermainkan dan jangan suatu hari nanti ada yang akan keluar menyebabkan masalah kepada kerajaan," katanya.
Begitupun pelanggaran terhadap ikrar tersebut tidak memperuntukkan tindakan di bawah mana-mana akta mahupun undang-undang berkaitan, kata Ahmad mantan Presiden Persatuan Ulama Mlaysia (PUM) itu.
Namun beliau menegaskan, walaupun dua Adun ini menyertai mana-mana parti lain termasuk BN, ikrar taat setia ini sebenarnya telah mengikat mereka dan dianggap menyokong kerajaan Pakatan Rakyat sejak Mac 2008.
"Pastinya ini hal yang mengharu-birukan," katanya. Mengulas lanjut Ustaz Ahmad berkata, Menteri besar sendiri telah mengadap Sultan bagi memaklumkan semula soal dua Adun ini pernah membuat ikrar di hadapan Baginda.
"Hal ini pastinya difikirkan Sultan," ujarnya.

1 ulasan:
jordan shoes
moncler jackets
moncler
paul george shoes
off white nike
yeezy
lebron 17 shoes
supreme clothing
bape hoodie
hermes handbags
Catat Ulasan