KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, Februari 21, 2011

Kemasukan Bob Lokman ke dalam PAS disambut 30,000 Pemuda PAS penuh semangat


YAB Ustaz Azizan Razak gembira mengangkat borang keahlian PAS dan menjulang tangan Bob Lokman

Hampir 30,000 pemuda PAS teruja mendengar penjelasan pertama Bob Lokman mengapa beliau menyertai PAS

Pengumuman artis terkenal, pengacara, penulis lirik dan bekas pengkritik tetap Raja Lawak 5 iaitu Bob Lokman menyertai PAS sesungguhnya sesuatu yang amat mengejutkan semua pihak. Malah kehadirannya dalam beberapa program Pakatan Rakyat sejak akhir-akhir ini banyak menimbulkan tanda tanya peminat hiburann tanahair. 

Namun, segalanya terjawab apabila Bob Lokman mengisytiharkan diri sebagai Ahli PAS di hadapan 30 ribu Pemuda PAS di Kota Sarang Semut, Kedah Sabtu, 19 Februri lalu.  Pengacara rancangan "Teksi Tunai" Astro itu menyerahkan borang keahliannya kepada YAB Ustaz Azizan Razak, Menteri Besar Kedah.

Kemasukan beliau ke dalam PAS menyebabkan ramai pemimpin UMNO "kecut perut" sebenarnya. Ini kerana artis itu punyai ramai peminat yang terdiri dari kalangan generasi muda. Kemasukannya ke dalam PAS membuktikan parti itu kini mula diterima oleh golongan artis. 

Sebelum ini PAS mempunyai Ustaz Akhil Hayy, kemudian Ringgo Arrow dan kini diikuti oleh Bob Lokman. Cuma yang masih dinantikan ialah pengumuman rasmi oleh Amy Seacrh yang dipercayai telah bersama perjuangan parti PAS sejak kebelakangan ini.

Soalnya sekarang pasti ramai pemimpin dan para penyokong UMNO BN yang "gila meroyan" melihat penyertaan Bob Lokman ke dalam PAS ini terutamanya Setiausaha Agung UMNO si Tengku Adnan Tengku Mansor. 

Tambahan pula, dalam kenyataan terbarunya beliau jelas memperli Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat kononnya risau akibat parti itu kini hilang sokongan orang-orang Melayu. Nampaknya, kenyataan itu meleset sama sekali sekarang. Bukan orang Melayu biasa yang mula bersama PAS tetapi golongan artis juga. Malah, Bob Lokman dalam kenyataannya mengatakan dia menyertai PAS kerana Islam dan Nik Aziz sendiri. Sungguh sayu melihat penarikan diri Bob Lokman dari menjadi Pengkritik Tetap Raja Lawak 5 awal tahun ini. 

Beliau mengundur diri sambil memberi tazkirah dengan cara terhormat kepada semua peminat dan peserta Raja Lawak itu sendiri. Ramai yang panik dan terkejut dengan tindakan tersebut. Sangkaan kita dia sengaja buat gimik, rupa-rupanya Bob Lokman memang ingin kembali kepada landasan perjuangan Islam yang sebenar. 

Jika sahabatnya Allahyarham Din Beramboi pergi ke rahmatullah ketika di puncak kejayaan maka kini Bob Lokman juga pergi ke perjuangan Islam ketika di puncak kejayaannya dalam industri hiburan. Sesuatu yang wajar dihormati oleh semua pihak sebenarnya. Tahniah dan syabas diucapkan kepadanya atau keberanian beliau membuat tindakan hebat ini - Pahangdaily

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Awesomе poѕt.

my webpage - Same Day Payday Loans

Tanpa Nama berkata...

Εveryone loves it ωhenever ρeoplе get together and sharе νiеws.

Grеat blоg, continuе the good
work!

My ωeblog ... Single Trip Travel Insurance

Tanpa Nama berkata...

Τhis is ѵery inteгesting, You're a very skilled blogger. I have joined your feed and look forward to seeking more of your great post. Also, I have shared your website in my social networks!

Also visit my blog ... small loans

Tanpa Nama berkata...

magnifiсеnt post, vеry infοrmativе.
I'm wondering why the other specialists of this sector don't realize this.
You must соntіnue yοuг wгiting.
I am confidеnt, yοu haѵе a great гeadeгs' base already!

Look at my homepage - payday loans