KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Februari 15, 2011

Sultan Perak bagi tahu rakyat nak pemimpin bertanggungjawab, tak rasuah dan amanah!


Sultan Perak Sultan Azlan Shah hari ini menasihati pemimpin supaya melaksanakan pembaikan serta pembetulan bagi mewujudkan suasana yang lebih aman, adil dan saksama di kalangan masyarakat, lapor Bernama.

Titah baginda, setelah mendapat mandat daripada rakyat, pemimpin hendaklah mengamalkan sifat yang mementingkan ummah, dan mengatasi kepentingan keluarga dan diri sendiri. Baginda bertitah, golongan remaja hari ini ketara gelisah dengan atur urusan dunia yang mereka lihat telah jauh menyimpang dari nilai-nilai tulen kepimpinan menurut risalah junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

"Mereka inginkan pemimpin yang bertanggungjawab, bersih dari rasuah, tidak menyalahgunakan kuasa dan tidak menyelewengkan amanah," titah baginda semasa merasmikan sambutan Maulidul Rasul peringkat negeri Perak dan perasmian Masjid Jamek Medan Klebang Restu di Chemor dekat sini.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kah..kah..kah..kah..adoi sakit perut..komer...jngn ketawa wei. kahkahkah...kahkah