KLIK JOM FOLO DI SINI

Rabu, Februari 02, 2011

Pemuda PAS sokong intifada rakyat Mesir: Tumbangkan Husni Mubarak ganti kerajaan baru!




Dewan Pemuda PAS Pusat menyokong solidariti kebangkitan rakyat Mesir menentang regim aurokratik Hosni Mubarak terhadap ketidakadilan, kezaliman dan penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh pemerintah sejak beberapa dekad yang lalu.

Demikian ditegaskan ketuanya, Ustaz Nasarudin Hasan dalam memorandum yang dihantar kepada Pejabat Kedutaan Mesir di Malaysia, dekat sini, baru-baru ini. Beliau juga mengucapkan tahniah khususnya kepada golongan muda yang berani dan aktif menyertai agenda revolusi bagi menuntut keadilan dan pembaharuan di Mesir.

Beliau menyeru sebarang usaha ke arah pembubaran Parlimen Mesir dan penganjuran pilihan raya umum dijalankan secara telus dan bersih. Katanya, pihak penganjur pilihan raya juga mestilah bebas daripada sebarang campur tangan parti politik di samping menjamin kebebasan media untuk melaporkan perkembangan dan hasrat rakyat kepada pengundi dan masyarakat luar.

Pemuda PAS tegasnya, mengutuk sebarang bentuk keganasan dan kekasaran yang dilakukan terhadap peserta demonstrasi serta menuntut desakan rakyat dilayan secara profesional dan adil termasuk membebaskan.

"Ini termasuklah membebaskan kesemua tahanan peserta demonstrasi dan pengamal media kerana ia bercanggah dengan prinsip hak asasi manusia. Ujar Ustaz Nasruddin lagi, Pemuda PAS berdiri teguh bersama rakyat Mesir yang memperjuangkan Islam, mempertahankan kedaulatan negara, memperbaiki kestabilan politik dan ekonomi serta mengembalikan kesejahteraan rakyat.

Menurutnya lagi, sebarang langkah Amerika Syarikat dan Israel dalam pembentukan polisi Mesir hendaklah ditolak. Beliau juga berharap jika berlaku pertukaran kerajaan, pemerintah baru Mesir dapat membantu negara umat Islam di Palestin secara konsisten dan menjadi asas kepada kesatuan negara-negara Arab di Timur Tengah.

Pergolakan politik di Mesir berlaku ekoran daripada kejatuhan rejim pemerintahan Zein Al-Abidin di Tunisia. Kebangkitan rakyat di Timur Tengah telah menjalar ke beberapa negara jiran yang lain antaranya Yaman, Oman, Algeria Jordan dan Mesir. 

Adalah dijangkakan teori domino ini akan terus berantai sehingga memberi kesan revolusi keadilan sedunia. Di Mesir sehingga kini dilaporkan lebih 100 orang telah terbunuh dalam kebangkitan rakyat yang berlaku sejak beberapa hari lalu. 

Tiada ulasan: