KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Februari 04, 2011

Provokasi: Lebih 5,000 kecam Hosni Mubarak, lapan ditangkap Polis kononnya enggan bersurai



Lapan orang ditangkap selepas lebh 5,000 penyokong daripada 71 NGO dan parti-parti Pakatan Rakyat  berkumpul tengahari tadi, selepas solat Jumaat di Kuala Lumpur, memprotes tindakan ganas terhadap mereka yang menyertai demonstrasi pro-demokrasi di Mesir.

Wakil-wakil kumpulan tersebut meminta peguam datang ke balai polis Dang Wangi, untuk membantu pembebasan mereka. Mereka ditahan setelah selesai demontrasi tetapi pihak polis telah melakukan provokasi
dan mengadakan sekatan di laluan pulang Jalan Tun Razak menuju ke Tabung Haji.

Tindakan demikian tidak pernah dilakukan polis sebelum ini, sebaliknya membiarkan penunjuk perasaan pulang. Tetapi hari ini, kira-kira jam 3 petang, penunjuk perasaan telah diminta menyerahkan poster "Down Mubarak" kepada polis dan jalan utama yang luas tidak jauh dari Menara PNB dihadang Polis FRU menyebabkan jumlah penunjuk perasaan yang ramai, terpaksa berasak-asak merempuh polis.

Timbul provokasi antara kedua pihak sehingga mencetuskan "pergaduhan". Kumpulan yang telah tiba di bangunan Tabung Haji berpatah semula ke sekatan FRU dan Polis berpakaian preman untuk membantu rakan-rakan mereka yang ditahan.

Seorang muslimat dikatakan telah disembur pemedih mata oleh Polis, menyebabkan keadaan makin "panas". Ketegangan berlaku agak lama, lebih daripada setengah jam. Beberapa orang telah ditahan sebelum itu termasuk suami muslimat berkenaan.

Keadaan menjadi kelam-kabut. Namun, pihak Polis masih tidak berpuashati, terus menggerakkan trak water canon dan Polis FRU ke bangunan Tabung Haji, tempat penunjuk perasaan sekitar 1,000 berehat dan minum membasah tekak.

Jika FRU dan trak Water Canon bersuari seperti lazimnya, tiada apa-apa berlaku. Tetapi entah kenapa petang tadi, seolah-oalah ada strategi baru Polis memasang lukah dan menyembur air asid kepada mereka yang berkumpul di hadapan Tabung Haji.

Beberapa gerai minuman di pinggi jalan terpaksa menerima bahan pancutan air asid. Lebih 200 polis mengejar penunjuk perasaan yang bertempiaran lagi ke kawasan bangunan Tabung Haji.

Sedangkan tiada pemimpin yang berucap atau menyambung demontrasi di hadapan Tabung Haji. Tetapi, Polis bagaikan "geram" dan melepaskan "geram" itu kepada penunjuk perasaan.   

Entah apa nasib mereka yang diligan polis dalam tempat letak kereta di bangunan Tabung Haji itu, tidak diketahui. Begitu juga mereka yang lari ikut pintu kecil, apakah mereka hanya lari begitu sahaja atau "dibelasah" Polis semahunya. 

Seperti biasa, menurut satu laporan, Ketua Polis Dang Wangi, ACP Mohd Zulkarnian Abdul Rahman berkata, kelapan-lapan mereka ditahan selepas gagal bersurai apabila diarahkan berbuat demikian.

Terdahulu Malaysiakini melaporkan selepas solat Jumaat di Masjid Al-Shakireen di Taman KLCC dan Masjid Tabung Haji di Jalan Tun Razak, para jemaah berarak membawa kain rentang yang mengecam Presiden Mesir, Hosni Mubarak.

Dengan memanggilnya "Yasqut Mubarak" (Mubarak turun!) Dan "Yahya al-Sha`ab!" (hidup rakyat!), kedua-dua kumpulan tersebut berarak menuju ke Jalan Tun Razak.

Mereka menuju ke arah Kedutaan Amerika beberapa ratus meter dari Masjid Tabung Haji untuk menyerahkan memorandum kepada pegawai kedutaan tersebut.

Sekurang-kurangnya tiga orang ditahan sewaktu mereka berarak dari Masjid Syakireen menuju ke kedutaan Amerika. Perarakan aman ini, terus diunguli dengan "provokasi" Polis yang sepatutnya tidak perlu, kerana ia boleh dilangsungkan dengan aman.

Perarakan diketuai oleh AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu. Pemimpin NGO dan parti politik yang lain termasuklah Presiden PSM, YB Dr Nasir Hashim; Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub; AJK PAS Pusat, YB Syed Azman Syed Nawawi; Adun Lundang, YB Baihaqi Atiqullah; Exco Pemuda PAS, Redhuan Mohd Noor; Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin; Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Sharin; Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiat; Pengerusi Teras, Mohd Azmi Abdul Hamid dan ramai lagi.  

Perarakan bermula selepas solat Jumaat dan usai kira-kira jam 3.30 petang. Doa dibacakan oleh Ustaz Norazli Musa, bekas Ketua Pemuda PAS Perak.

1 ulasan:

joecharlie berkata...

MISI MENYELAMAT PELAJAR KELANTAN DI MESIR- NIK AZIZ HANTAR RM93.68 SEORANG UNTUK KESEMUA 1281 PELAJAR KELANTAN?

Salam semua…
Khabarnya kerajaan PAS Kelantan telah menghantar wang tunai sebanyak RM120,000 menerusi misi kemanusiaan Mercy Malaysia ke Mesir bagi membantu 1,281 pelajar negeri itu yang terperangkap di sana. Secara purata, maknanya seorang pelajar akan mendapat habuan tunai sebanyak RM93.68.
Kalau nak buat kebajikan kepada rakyat sendiri dengan memberi setakat RN93.68 seorang dekat pelajar di Mesir tak payah hebohlah dalam media. Buat malu kerajaan PAS Kelantan saja. Sebanyak RM93.68 nak makan seorangpun tak cukup!.
Inilah bahananya bila kerajaan PAS Kelantan di tiap-tiap kempen pilihanraya mereka, para pemimpin termasuk Menteri Besarnya dengan sombong menempelak kerajaan persekutuan bahawa kerajaan PAS Kelantan telah berjaya membawa kemakmuran kepada rakyatnya. Maknanya rakyatnya mewahlah.
Kemakmuran lagu mana kalau nak bantu pelajar tajaan sendiripun susah. Inilah salah satu contoh bagaimana kerajaan PAS menipu rakyatnya sendiri. Saja penulis nak tanya, mana perginya exco-exco PAS yang kaya raya? Ataupun duit kutipan zakat kerajaan tak ada ke? Takkanlah tak boleh bantu sikit? Kalau untuk perang siber buat fitnah politik, boleh pulak mereka sedia peruntukan sebanyak RM4 juta? Krisis di Mesir ini lagi penting, untuk menyelamatkan nyawa pelajar-pelajar Kelantan lagi?. Takkan hanya mampu keluar duit poket sebanyak RM93.68 seorang? Malulah …memang sengkek betoi kerajaan PAS Kelantan nih…
Bila dah jadi begini, masih tak malu menutup kesusahan mereka dengan menyalahkan kerajaan UMNO-BN di bawah DS Najib.
Dan yang terbaru mereka sengaja memalukan kerajaan persekutuan dengan melemparkan tuduhan yang seolah-olah kerajaan persekutuan kedekut membawa balik pelajar dari Jeddah ke KLIA.
Ikuti paparan yang penulis ambil daripada hHarakah Daily bertarikh 3/2/2011 (Klik di sini ).
INGIN PENJELASAN BAWA KELUAR PELAJAR DARI MESIR (soalan yang penuh makna?)
Mangchik Mangchuk
Anak saya sekarang berada di Tanta U, Mesir dalam bidang Perubatan tahun satu. Saya amat menyanjung tinggi usaha kerajaan membawa keluar pelajar dan rakyat kita ke Jeddah, dan saya lebih kurang faham tujuan pendekatan itu diambil oleh kerana jumlah yang agak ramai mencecah ke 14,000 orang. Saya ada mendengar taklimat melalui TV3 yg disampaikan oleh PAT yg memaklumkan operasi 'evakuasi' ini adalah terbahagi kepada 2 iaitu, membawa keluar secepat mungkin ke Jeddah dan fasa kedua dair Jeddah ke KL. Tetapi melalui website 'Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita' , kami dimaklumkan maklumat seperti berikut yang bersumberkan kepada PMRAM:
Ops Piramid (3.27pm Mesir)
TERKINI: Maklumat daripada Bilik Gerakan Kedutaan
1. Kos perjalanan Kaherah - Jeddah ditanggung oleh pihak kerajaan
2. Sara hidup sepanjang di Jeddah ditanggung oleh pihak kerajaan.
3. Kos untuk pulang ke Malaysia dengan kapal TLDM yang ditanggung oleh pihak kerajaan. Kapasiti muatan seramai 500-600 orang sahaja.
4. Perjalanan Jeddah - KL dengan tanggungan sendiri
5. Perjalanan Jeddah - Cairo juga dengan tanggungan sendiri
Maklumat diperolehi daripada Encik Wan Ahmad Tarmizi Wan Idris Sekretariat Evakuasi, melalui panggilan telefon pada jam 12.48 pm waktu Mesir.
Mangchik Mangchuk
Bapa kepada seorang anak yang sedang menuntut di Tanta U Mesir.

Ulasan penulis berikutnya:
Inilah yang penulis kata kenyataan media mereka yang seolah-olah sengaja ingin memalukan kerajaan persekutuan dengan melemparkan tuduhan macamlah kerajaan persekutuan kedekut sangat membawa balik pelajar dari Jeddah ke KLIA.
Siapa yang kedekut sebenarnya Kerajaan PAS Kelantan ataupun Kerajaan Persekutuan? Setakat RM93.68 seorang nak beli apa? Otak siapa yang kuat penipu sebenarnya?

Posted by Salam semua... at Friday, February 04, 2011