KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, Februari 14, 2011

Gugat tak gugat dasar MSC belakang kira, media baru mesti dikunci ketat




Penguasaan negara terhadap sistem telekomunikasi suatu ketika dahulu dengan wujudnya Koridor Raya Multimedia (MSC) tidak seharusnya 'dicemari' dengan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (AMCP) yang akan dilaksanakan kerajaan.

Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S. Arutchelvan menegaskan sewaktu Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri, beliau mendabik dada kepada dunia dengan pembinaan Cyberjaya sebagai pelopor telekomunikasi dan membawa Malaysia kepada sistem komunikasi tanpa sempadan dan tiada tapisan.

Bagaimana pun katanya, kerajaan membelakangkan janji yang dibuat pada masa dahulu apabila Kementerian Dalam Negeri (KDN) mencadangkan agar AMCP diperluaskan kepada media baru internet.

"Tindakan yang dibuat kerajaan sudah diduga seperti yang berlaku di Mesir hari ini kerana kerajaan lebih takut  dengan media online daripada media tradis. Tindakan kerajaan ini tidak demokratik walaupun kerajaan sebenarnya tahu pengaruh media online ini sukar untuk disekat. Mana-mana regim yang tidak demokratik akan belajar daripada regim tidak demokratik negara lain," katanya kepada Harakah.

Tegas beliau yang juga Penyelaras Suara Rakyat Malaysia (Suaram), tindakan menyekat hak rakyat untuk mendapat maklumat melalui media baru atau media online sama seperti  kerajaan menyekat media cetak yang dipelopori Pakatan Rakyat.

Tindakan menyekat kebebasan mendapat maklumat melalui internet dengan AMCP akan lebih mencengkam rakyat sedangkan rakyat sebenarnya telah disekat dengan pelbagai akta seperti Akta Rahsia Rasmi dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Tiada ulasan: