KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Februari 05, 2011

Ajal kerajaan Hosni Mubarak sampai ke halqum: Jutaan rakyat Mesir bangkit tak hirau plan peralihan Amerika




Tunjuk perasaan bagi mendesak Presiden Hosni Mubarak berundur masuk hari ke-10 hari ini (5 Februari) dan merebak ke bandar-bandar besar lain dengan beribu-ribu penduduk berhimpun selepas sembahyang Jumaat, semalam.

Di Kaherah kira-kira 100,000 penunjuk perasaan anti-kerajaan yang datang dari beberapa daerah berarak menuju Dataran Tahrir selepas solat Jumaat melalui beberapa jalan raya utama menyebarangi jambatan Kasr el-Nil yang merentangi Sungai Nil sepanjang satu kilometer menuju ke dataran itu, lapor Reuters.

Sebuah pondok kawalan tentera hanya membenarkan kira-kira tiga penunjuk perasaan melalui jambatan itu pada setiap saat. Sementara itu di Iskandariah, beribu-ribu penunjuk perasaan berkumpul dan melaungkan "Penduduk mahu mengubah sistem pemerintahan itu" dan "Kami tidak mahu berundur, beliau (Mubarak) akan berundur". Di Suez pula, beribu-ribu penunjuk perasaan berhimpun di bandar raya pelabuhan itu selepas solat Jumaat.

Manakala di bandar raya Ismailia, beribu-ribu penunjuk perasaan antikerajaan berhimpun di beberapa jalan utama di mana sebelum perhimpunan yang dikawal ketat tentera itu berlangsuang, kira-kira 100 penunjuk perasaan pro-Mubarak berhimpun di situ dan kemudiannya bersurai.

Di bandar raya Port Said, beribu-ribu penunjuk perasaan antikerajaan berhimpun di jalanan, sementara beratus-ratus penunjuk perasaan pro-Mubarak cuba menyusup masuk ke dalam kumpulan itu tetapi dihalang oleh tentera dan kemudiannya kedua-dua kumpulan penunjuk perasaan itu berpecah.

Bandar raya Mansoura pula memperlihatkan beribu-ribu penunjuk perasaan mendesak pengunduran Mubarak dan pentadbirannya, kata seorang anggota pergerakan pembangkang 6 April.

Selain itu kira-kira 5,000 penunjuk perasaan berhimpun di bandar raya Damanhour yang di terletak di Lembah Nil. Tidak ketinggalan, kira-kira 1,000 penunjuk perasaan anti-kerajaan dan 1,000 penyokong Mubarak berhimpun di beberapa jalan di bandar raya Qalyubiya. Manakala di bandar raya El Arish di Semenanjung Sinai, beribu-ribu penunjuk perasaan anti-kerajaan berhimpun, tetapi tiada tanda-tanda menunjukkan kumpulan pro-Mubarak turut sama berhimpun.

Di bandar raya Aswan pula, kira-kira 2,000 penunjuk perasaan antikerajaan mengadakan perhimpunan, sementara beberapa ratus penunjuk perasaan pro-Mubarak cuba menyelinap ke dalam kumpulan antikerajaan, tetapi dihalang oleh sekatan yang dibina oleh penunjuk perasaan antikerajaan.

Tiada ulasan: