KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, Februari 21, 2011

Macam-macam tuduhan Tun M: Buktikan kenyataan Tok Guru Nik Aziz sesat?




PAS mencabar bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad agar membuktikan di manakah salah dan bercanggahnya dengan Islam kenyataan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yang didakwa merugikan perjuangan Islam. Tuduhan Tun Dr Mahathir kononnya PAS telah longgar pegangan agama sejak berkawan dengan Pakatan Rakyat juga dianggap tidak benar dan penuh dengan cakap politik.

"Tolong buktikan di manakah kenyataan Tuan Guru Nik Aziz yang  menyalahi syariat dan merugikan perjuangan Islam. PAS mempunyai bukti kenyataan Tun yang mengguris Islam dan umat Islam selama ini," kata Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad kepada Harakah.

Tegasnya, PAS boleh buktikan dengan tahalluf siyasi Pakatan Rakyat lebih baik daripada Umno menjalinkan kerjasama di dalam Barisan Nasional (BN) termasuk dalam program Islamisasi. Jelasnya lagi, masjid di negeri Pakatan Rakyat dapat makmurkan dengan majlis ilmu sedangkan di waktu yang sama, di negeri Umno memerintah  masjid terlebih dahulu mati sebelum penduduk di kawasan itu meninggal dunia (mati). 

Ustaz Idris berkata, MCA yang telah berkawan dengan Umno selama 53 tahun gagal untuk memahami hukum salam lelaki dengan perempuan kera ia berpunca daripada pemimpin seperti Tun Mahathir yang gagal menunjukkan watak sebagai seorang Muslim hakiki.

"Kenyataan Tun agak kelakar, kerana menuduh Tok Guru Nik Aziz hanya  nak menang pilihan raya. Mana ada parti politik yang bertanding tidak mahu menang. Parti tupperware saja yang tidak mahu menang. Sepanjang Tun memimpin Umno, bermati-matian melanggar segala undang-undang dan mencabul demokrasi, semuanya kerana hendak menang pilihan raya," tegas bekas Naib Ketua Pemuda PAS Pusat itu lagi.

Ustaz Idris berkarta, memang PAS hendak menang pilihan raya, supaya  Islam dapat dihayati dan bukannya apabila kuasa diperolehi slam dimatikan dan syiarnya dipadamkan. Tegasnya, perjuangan PAS berbeza dengan Umno yang menjadikan Islam sebagai alat, bukan matlamat. Sepanjang PAS bertahalluf dengan parti yang berlainan ideologi, tidak ada apa yang merugikan Islam dan PAS di negara ini.  

Malah katanya lagi, PAS mengambil peluang ini untuk berdakwah dan menjelaskan keadilan Islam yang selama ini mereka kabur, akibat gagalnya Umno menjelaskan Islam yang sebenar sepanjang berkuasa l3bih 53 tahun.

Tiada ulasan: