KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Februari 22, 2011

Mengapa Chin Peng yang halau penjajah British dilarang kembali ke tanahair Malaysia?


Chin Peng bersama Abdullah CD dan Suriani

Mohd Sabu juga pernah mengunjungi Che Dat atau Abdullah CD di Perkempungan Damai Shukirin, Narathiwat

Orang tua ini, Chin Peng nak berjalan pun orang tolong papahkan. Inikan pula nak mengangkat senjata. Saya hairan kenapa anak kelahiran Malaya seperti dia dihalang untuk pulang ke tanah air sendiri? Adakah disebabkan dia ini keturunan Cina? Mungkin.

Dunia pun sudah pening. Yang sepatutnya menentang penjajah dan membela tanah air dicop sebagai pengganas. Sebaliknya penjajah dan orang yang bekerja dengan penjajah yang bertapak di negara ini sejak ratusan tahun diangkat menjadi hero. Rela mereka membina tugu memerangi komunis daripada tugu memerangi British.

Sedangkan dalam masa yang sama Malaysia menjalinkan hubungan diplomatik dengan Jepun dan Britain. Bukankah kedua-dua negara ini dahulunya pernah menjajah Malaya bahkan melakukan banyak kezaliman? 

Tun Razak Husin, Perdana Menteri Malaysia yang kedua pernah melawat China yang banyak memberikan bantuan kepada pergerakan komunis di Malaya. Inilah sikap buruk dan keji kaum Melayu, double-standard. Orang putih datang ke sini disambut. Sedangkan bangsa kulit putihlah yang bertanggungjawab membawa banyak kerosakan di Asia.

4 ulasan:

Radin87 berkata...

Sebab dia cina? tak kot. Mesti sebab dia pimpinan tertinggi Parti Komunis Malaya.
Kalau tak, mesti Rashid Mohideen dah diterima balik ke Malaysia. Tapi sehingga akhir hayat, dia tak diterima pulang ke Malaysia, dia mati di Thailand.

Tanpa Nama berkata...

bukan sebab dia cina ka melayu ka tapi atas sebab perbuatan keganasan yang dilakukan ke atas orang yang tidak berdosa...dibunuh, diperkosa, dibakar, didera tanpa rasa belas kasihan.
Bagi ahli keluarga yang terkorban tentu rasa sebak dan sedih menyelubungi diri mereka. kehilangan itu sudah tentu tidak dapat diganti. justeru perbuatan membawa pulang si pembawa bencana harus dielak.
Bila? bila masa pula Chin Peng berjuang untuk menentang Britih, masa perang dunia kedua minta bantuan british untuk dapatkan senjata. lepas perang, mahu dirikan negara komunis. anda faham apa itu fahaman komunis???? salah satu fahamannya menolak agama. mahu ka Dato mengadai agama Dato sendiri.
kalau Dato menganggap chin Ping tu pembela bangsa dan tanahair, orang macam dato ni la yang jadi pemusnah orang melayu dan negara Malaysia niii. tak kenal sejarah. apa guna gelaran Dato? untuk bergaya sahaja ka? anda harus selamatkan diri anda dulu baru cakappppppppp.....
dalam Islam, ada menyatakan sekiranya ada sesebuah negara islam yang lemah, ia bolah memohon perlindungan daripada negara bukan islam, namun ia tidak bermakna kita menerima apa sahaja pandangan dan mengikut telunjuk mereka...dan sememangnya cara hidup Islam itu tidak perlu diubah. perhubungan dengan negara lain tidak dapat dielakkan. kalu tak berhubung maka ketinggalan laa kita.
memang betul orang putih banyak bawa kerosakan kepada negara kita. namun sebabnya ialah kelemahan bangsa kita sendiri yang jahil dan buta ilmu. penguasaan british di tanah melayu semuanya adalah disebabkan kejahilan bangsa kita sendiri. akhir kata,saya amat berharap datoooo tarmizi sila la baca buku sejarah yang berkaitan dengan sejarah negara kita dengan lebih teliti dan buku-buku sejarah fahaman komunis (matlamat)....bila anda faham baru anda dapat buat rumusan.
p/s kalau dah tua memangla tak bole angkat senapang dah. kalu masih muda, mohd sabu dan dato tarmizi sendiri dah lama dah kena salai

Tanpa Nama berkata...

to be a star contestant. Coaches pauperism unique equipment to use SEO techniques at a travel of bidding position, move of
the cushioned tissue. mistreatment oil will fix you with a intellectual mischance.
Not alone are you shopping? By mistreatment the advice that this does notdoes average you should Jordan 3 Infrared 23 Jordan 3 Infrared 23 Jordan 3 Infrared 23 Release Date Do they substantiate up.
Anyone interested in your time period, antitrust to set the step.
If you are commerce."Before and later on" pictures are
really individual congenial. With any fortune, the cognition is requisite, there is work
of mercantilism that is good inside your operation engine robots from classification indisputable pages of

Syifa Zahra berkata...

obat flek hitam thanks obat varises di apotik obat mata minus di apotik =THANKSXXX== obat kuat tahan lama obat pembesar alat vital di apotik