KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Februari 03, 2011

BN habis modal: Anwar Ibrahim sedia disiasat kaitkan dengan pengganas antarabangsa




Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak khuatir sekiranya beliau disiasat polis atas dakwaan mempunyai hubung kait dengan kumpulan pengganas antarabangsa seperti yang didakwa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussien. 

Bahkan dakwaan yang dirujuk melalui laporan CNN itu secara rasmi sudah dinafikan oleh agensi berita antarabangsa berkenaan.  Justeru ujar Anwar, siasatan yang ingin dilakukan kerajaan Malaysia ke atas dirinya,adalah usaha terancang untuk menjatuhkan imejnya.  

Lantaran itu ujar Anwar, walaupun ujian sentiasa menghujani karier politiknya sehingga disabitkan dengan pelbagai gelaran,ia diambil sebagai pembakar semangat untuk meneruskan perjuangan. 

"Saudara stay put,masalah ada, mesti ada, ada lagi ujian, mesti ada,serangan di Selangor, ada, saya beritahu Tan Sri Khalid, stay put, kuatkan kerja, jentera,kita pertahan," katanya.

Hishamuddin sebelum ini berkata, unit anti pengganas dan Cawangan Khas sedang menyiasat sejauh mana dakwaan Anwar mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas. 

Malah, Hishamuddin turut menegaskan, ia bukan atas dasar politik atau ada kaitannya dengan Perdana Menteri, sebaliknya atas dasar keselamatan negara. Ironinya, hal ini tercetus setelah Najib Razak membuat satu aduan dan meminta Arab Saudi menyiasat sama ada tokoh-tokoh diraja negera itu membiayai Anwar.

Namun menurut laporan CNN, siasatan berkenaan jauh menyimpang dari dakwaan Najib. Anwar ketika menyampaikan ucapannya pada program jelajah PKR malam tadi turut mempersendakan tuduhan terbaru ke atas dirinya itu.

Malah Anwar kelihatan senang meniru gaya pelakon Bollywood terkenal, Shah Rukh Khan dalam filem blockbuster Bollywood, My Name Is Khan, sambil diikuti gelak tawa hadirin yang datang. 

"Jadi saya pun teringat filem Shah Rukh Khan, My Name Is Khan, I'm not a terrorist. Siapa yang buat ini, kalau Hishamuddin tengok mesti kena saya," kata Anwar.

Tiada ulasan: