KLIK JOM FOLO DI SINI

Rabu, Februari 16, 2011

Abdullah CD suka Harakah: Ziarah pejuang kemerdekaan bekas Pengerusi Partai Komunis Malaya (PKM) di Banchulabhorn, Narathiwat


Cik Dat atau Abdullah CD minat membaca Harakah sebagai rujukan mengikuti perkembangan politik tanah air Malaysia yang tercinta

Tarmizi menyerahkan 50 naskah al-Quran untuk kegunaan Masjid Darul Aman yang tersergam di perkampungan Chulabhorn Patana 12

Cik Dat bertanyakan "khabo" orang Lambor kepada Tarmizi, kampung halaman kelahiran dan tapak mula perjuangannya menuntut kemerdekaan tanah air

Di tengah-tengah itulah Karimas, anak Cik Dat. Wajahnya saling tak tumpah wajah ibunya Suriani. Dan berbaju biru itu Anas Indera Jaya, suami Karimas. Anas anak kepada Abdullah Sudin. Mereka diijabkabulkan di dalam hutan ketika berjuang bersama dalam Rejimen ke-10

Sebelum berangkat pulang, Cik Dat memberikan "amanatnya" dan saya tak melepaskan peluang bergambar kenangan dengan tokoh tersohor, pejuang dan perintis kemerdekaan ulung ini

Bergambar kenangan di hadapan rumah Cik Dat di Kg Perdamaian Banchulabhorn Patana 12, Shakirin, Nawarathiwat, Thailand


Bekas Pengerusi Partai Komunis Malaya (PKM) Hj Abdullah CD atau Cik Dat Anjang Abdullah merupakan pembaca setia Harakah sejak sekian lama. Melalui akhbar ini, Abdullah atau lebih senang dipanggil Pak Lah dapat mengetahui perkembangan politik tanahair di Malaysia.

Ketika saya mengunjungi beliau 12 dan 13 Februari 2011 yang lalu di kediamannya di Banchulabhorn Patana 12, Syakirin, Narathiwat, Thailand, Cik Dat yang sedikit uzur, sedang tekun membaca lidah rasmi PAS yang terkini, Bil 1612 bertajuk "Turun Mubarak". Di sudut sebelah kiri pintu masuk ke rumahnya, ada banyak Harakah terdahulu yang disusun. 

Katanya,  Harakah dibeli dari seorang agen akhbar di Pekan Golok, setelah ianya dikumpulkan dua keluaran untuk satu minggu. Kemudian baru diambil. Anak menantunya yang mendapatkannya di Pekan Golok. "Nak langgan  dengan pos boleh ka?" tanya Cik Dat kepada saya. Boleh rak ada masalah, tapi sampai ke sinikah? balas saya balik.

Beliau begitu gembira menyambut kedatangan saya ke rumahnya. Sebabnya dia tahu, saya datang dari Lambor, Parit Perak iaitu kampung halamannya. Cik Dat asal daripada Kampung Lambor Kiri dan saya daripada Kampung Lambor Kanan. Hanya Sungai Perak yang memisahkannya. Namun, jika disusur salasilahnya, Cik Dat dan saya ada tali "kekeluargaan". Sama-sama berasal dari Maharaja Lambor atau Tok Lambor dan daripada darah Tok Sagor yang keras menentang penjajahan Bristish.

Maharaja Lambor berhijrah dari Sumetera berupa seorang pahlawan gagah berani. Begitu juga Tok Sagor yang menjadi anak Lambor. Banyak kisah menarik tentang Cik Dat yang berasal dari Lambor ini. Nanti diceritakan dari masa ke semasa.

Saya datang ke "Kampung Perdamainan" ini bersama YDP PAS Kawasan Batu, Cikgu Ishak Surin (seorang kiri yang gigih); bekas YDP PAS Tampin, Ali Maidin; dan YDP PAS Bukit Bintang, Radhi Hashim. Kami datang nak ziarah tokoh tersohor seperti Cik Dat, pejuang gigih dan sarat dengan penderitaan demi anak bangsa dan tanah air.

Cikgu Ishak menyampaikan sedikit sumbangan duit untuk pembangunan Masjid Darul Aman. Sementara Ali Maidin pula, menyumbang untuk kemajuan Muzium  yang terdapat di dalam kampung berkenaan. Kemudahan asas seperti jalan, api elektrik dan air sudah tersedia. Dewan serba guna juga tersergam indah.

Dari Pekan Golok kami ditemani oleh Pak Anas (Anas Indera Jaya) dan Pak Akob (Yaakob Ibrahim). Mereka semua adalah bekas anggota Rejimen Ke-10 Tentera Rakyat Malaya (TRM). Dari Golok, saya menaiki pacuan empat roda Pak Anas. Banyak yang disembangkan dalam kereta itu. Dalam kereta itulah baru saya tahu, Pak Anas adalah menantu Cik Dat.

Sewaktu mahu berangkat pulang, saya dibawa Pak Akob melihat Sekolah Dasar (sekolah rendah) dan Pusat Asuhan Kanak-kanak yang disediakan. Semuanya percuma. Buku teks, yuran malah ada bantuan pakaian. Semuanya dibiayai oleh Kerajaan Thailand. Dalam masalah kesihatan, di sini ada didirikan Pusat Kesihatan.

Sehari sebelum itu, Pak Akob mengajak kami menjengah Muzium yang sarat dengan kenangan lama sewaktu Rejimen ke-10 masih bernafas. Pelbagai tinggalan dan kenangan tersusun indah, termasuk pelbagai buku berkaitan perjuangan PKM dan TRM Rejimen ke-10. 

Di benak fikiran saya, jenuh membayangkan kehidupan mereka dari anggota Rejimen ke-10 TRM berjuang di dalam hutan lebih 41 tahun lamanya. Malah, ketika Opp Undur, tempoh berundur dari Temerloh menuju ke Selatan Thai yang mengambil masa selama setahun melalui hutan belantara itupun, cukup memilukan hati saya.          

Cuba bayangkan kehidupan di dalam hutan banat. Nyamuk, cengkerik, binatang buas, bahaya. Hujan panas, embun. Lapar dahaga. Curam, gaung, lumpur. Tempat tidur entah ke mana, hiburan dan lain-lainnya "keseronokan" seperti kita di luar hutan.

Mereka sanggup menghabiskan umur lebih daripada 41 tahun kerana mahu membebaskan negara ini dari cengkaman penjajah Inggeris.

Ketika ini, Umno belum wujud lagi. Hanya PKM yang memekik untuk membebaskan tanahair dari penjajah. Sehinggalah Bristish mengharamkan PKM setelah dharurat dilambung tinggi. Ramai pemimpin rakyat marhain ditangkap dan dipenjara. Hanya PKM yang yang mengambil tindakan memikul senjata di hutan bagi memerdekakan Malaya ketika itu.   

"Saya baca Harakah nak tahu perkembangan politik di tanah air (Malaysia). Maklumat lain dapat dari internet," ujar Cik Dat yang kini berusia 88 tahun. Di perkampungan ini tiada perkhidmatan internet seperti di Malaysia. Mereka terpaksa membeli alatan khas bagi membolehkan internet dilayari.  

Di bumbung rumah mereka, ada banyak para bola. Mereka boleh menonton beratus saluran tv melalui setalit tidak berbayar. Di Malaysia, Astro mengenakan bayaran, tetapi ini tidak terjadi di Thailand.

Isterinya Eng Miing Ching atau Hajjah Suriani Abdullah, 87, kini terlantar sakit tua, dijagai oleh anak menantunya Karimas (anak Cik Dat dengan Suriani) dan Anas Indera Jaya atau Pak Anas (anak Abdullah Sudin).

Rumah mereka bersebelahan sahaja. Tidaklah besar, diperbuat dari kayu dan diubahsuai bahagian bawahnya dengan batu-bata. Di sebelah kanan rumah Cik Dat ialah rumah Pak Anas, menantunya. Dan di sebalah kiri pula rumah Allahyarham Abu Samah Mohd Kasim, salah seorang pimpinan tertinggi PKM. 

Pada tahun 1944, Cik Dat mendirikan rumah tangganya dengan Rosnah Abdul Ghani, orang Lambor juga dan mendapat seorang anak bernama Mohd Arif (bekerja kerajaan - kini sudah pencen dan tinggal di Kuala Lumpur). Perkahwinannya yang kedua pada 1955 dengan Suriani berketurunan Tionghua dan mendapat seorang anak perempuan, iaitu Karimas.

Kini mereka menetap di "Kampung Perdamaian" sudah 21 tahun, selepas termerai Penandatanganan Persetujuan Damai Hadyai, 2 Disember 1989 antara Thailand, Malaysia dan PKM. Kerajaan Thailand memberikan sejumlah tanah untuk berkebun dan tapak rumah. Rumah juga diberikan, begitu juga elaun untuk warga emas. - bersambung

2 ulasan:

smoking men berkata...

parti komunis hanye mempergunakn bangsa melayu je untuk mendapat knm kuasa kite tengok je selepas jepun keluar dari melaya MPJA telah melakukn bny kekejaman terhadap org melayu dan bangsa dia sendiri iaitu cina kenape org macm gini yg dipergunakn komunis kiter nk banggakn klu dulu komunis dpt menguasai melaya saya ingat kita tak akn semaju ni dan awk encik termizi patut bershukur perjuangan tengku abd rahman dato on jaafar tanpe pertumpuhan darah ni patut dibanggakn saya ingat lh awk kaji sejarah dulu

smoking men berkata...

sampai skrng pun parti komunis tak di budarkn perjanjian 1989 tu hanye perjanjian perletakn senjata