KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Februari 22, 2011

Ledakan baru gelombang siswa: Benarkah mahasiswa Pro Pakatan Rakyat kuasai IPTA?


Kebangkitan siswa-siwi UKM mengejutkan banyak pihak kerana mereka bukan sahaja berani tetapi agresif sekalipun pelbagai sekatan dan halangan memagari mereka!


Meskipun kedua-dua kumpulan Pro-Mahasiswa dan Pro Aspirasi bukan badan formal di pusat pengajian tinggi awam, tetapi lazimnya mereka sinonim dengan arah aliran sokongan dan landskap politik di luar kampus.

Pro Mahasiswa dikaitkan dengan sokongan kepada pembangkang manakala Pro Aspiras lebih cenderung kepada parti pemerintah kerajaan pusat. Calon-calon barisan Pro Mahasiswa mencatatkan prestasi lebih baik dengan menguasai lapan daripada 13 universiti yang mengadakan pilihan raya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) semalam.

Berbanding sesi lalu, pilihan raya kali ini menyaksikan Pro Mahasiswa mencatatkan sejarah dengan menawan kepimpinan MPP di beberapa universiti selepas tempoh yang lama dikuasai Pro Aspirasi.

Ini termasuklah MPP Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Sains Islam Malaysia, Universiti Malaysia Sabah, Universiti Sains Malaysia kampus Kubang Kerian, Universiti Malaysia Sabah kampus Labuan dan Universiti Malaysia Kelantan.

Tiada ulasan: