KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Februari 22, 2011

Tuan Ibrahim Tuan Man calon PAS di Kerdau? BN bakal letak Syed Ibrahim?


Bahang pilihan raya dua serangkai di Merlimau, Melaka dan Kerdau, Pahang kian terasa. Tinggal beberapa hari saja lagi untuk hari pencalonan dan pastinya esok lusa semua parti yang bertanding akan mengemukakan nama calaon masing-masing. 

Paling menarik untuk diperkatakan ialah, pertembungan kali ini sekali lagi menyaksikan parti PAS (Pakatan Rakyat) akan bertemu UMNO (Barisan Nasional). Biarpun ada desas-desus mengatakan PKR berminat untuk bertanding di salah satu kerusi Kerdau atau Merlimau, namun nampaknya ia mungkin tidak menjadi kenyataan. 

Malah besar kemungkinan Pengarah Pilihan Raya PAS di Merlimau, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man juga akan balik ke Pahang untuk menumpukan perhatian sepenuhnya di kawasan beliau. 

Harus diingat bahawa DUN Kerdau terletak dalam kawasan Parlimen Kuala Krau di mana Dato' Tuan adalah Yang Dipertua PAS kawasan itu. Amat wajarlah beliau balik ke Pahang untuk menumpukan sepenuh perhatian terhadap kempen pilihan raya kecil di Kerdau nanti. Sementara itu Umno-BN dijangka meletakkan Syed Ibrahim (gambar kanan) sebagai calon Dun Kerdau. 

Malah terdapat maklumat dalaman mengatakan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man berkemungkinan cerah akan dipilih sebagai calon di Dun Kerdau ini. Tambahan pula beliau Yang Dipertua PAS Kawasan, Pesuruhjaya PAS Pahang dan Naib Presiden PAS Pusat. Maka, namanya lebih menonjol daripada calon-calon lain sebenarnya. Jika benar telahan ini, maka PAS berpeluang untuk menang jika mereka melipat gandakan usaha ke arah itu. 

1 ulasan:

Hisyam Muhibah berkata...

Kalau PAS namakan Dato' Tuan Ibrahim, UMNO-BN mesti letak orang agama juga. Syed Ibrahim calon paling tepat. Persoalannya, Dato' Tuan sudah 2 kali tewas walaupun pernah menang 1999. Manakala Syed Ibrahim pula dilihat sebagai 'orang baik' yang cutting politiknya bersadurkan sosok orang agama