KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Februari 17, 2011

PRU-13: Wah benarkah JPN bersubahat tukar alamat rakyat Sabah ke Shah Alam menangkan BN?


Borang pertukaran alamat yang dapat dikesan

Orang Sabah yang dimaksudkan sedang berbaris untuk naik ke dalam bas untuk urusan pertukaran alamat

Bas-bas milik JPN yang dipercayai digunakan untuk mengangkut orang Sabah  untuk tujuan pertukaran alamat

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) didakwa bersubahat dengan Umno Bahagian Kota Raja melakukan pertukaran alamat kepada rakyat Sabah untuk mengundi di Kawasan Shah Alam pada Pilihan Raya Umum ke13. Perkara itu disahkan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Raja, Jaafar Samsudin bersama Ahli Jawatan Kuasanya yang kebetulan berada di tempat operasi pertukaran alamat di Seksyen 11, Shah Alam. 

Harakah yang turut berada di tempat itu, mendapati sebuah bas milik JPN dengan nombor pendaftaran BGS 5488 berada di hadapan Pejabat Umno Shah Alam dengan beberapa orang kakitangan JPN sedang membuat pengesahan pertukaran alamat rakyat Sabah terbabit. 

Sebelum itu, mereka telah diarahkan mengisi borang pertukaran alamat di Tingkat 3, Bangunan Umno Shah Alam dan selepas itu mereka dikehendaki menaiki bas secara bergilir-gilir bagi mendapatkan pengesahan wakil JPN. Pengesahan pertukaran alamat itu dilakukan dalam bas yang bertutup dan hanya mereka yang membawa borang pertukaran saja dibenarkan menaiki bas tersebut. 

Beberapa rakyat Sabah yang ditemui mendedahkan pertukaran alamat itu dilakukan atas arahan Umno dan bertujuan untuk mengundi dalam PRU-13 akan datang. Mereka diangkut dari Taman Sri Muda, Shah Alam dengan menggunakan dua buah bas dengan nombor pendaftaran NR 9417 dan BFM 3804.

Menurut seorang rakyat Sabah, mereka dijanjikan "sesuatu" oleh pihak tertentu dan ada di kalangan mereka dipanggil untuk tujuan lain tetapi sampai di situ melakukan perkara lain. 

Perbualan wakil PAS bersama beberapa orang rakyat Sabah diperhatikan oleh pihak Umno dari atas bangunan dan selepas beberapa minit, seorang wanita yang dipercayai Wanita Umno menghampiri kami dan menjemput naik ke Tingkat  3, Bangunan Umno. 

Bas JPN beredar sekitar jam 2.15 petang, Sabtu manakala wanita yang menemui kami turut beredar selepas memerhatikan kami dari dalam kenderaannya. Sehubungan itu, Jaafar akan membuat laporan kepada pihak berkenaan dan tindakan tegas perlu diambil kerana ternyata Umno dengan kerjasama JPN telah melakukan penipuan besar. 

"Buatlah apa sahaja kempen, edarkan risalah kepada penduduk Selangor, semua itu tidak akan berkesan kerana Umno dan JPN telah melakukan pertukaran alamat dengan membawa masuk rakyat Sabah sebagai pengundi," tegasnya.  Jaafar berkata, ini berlaku di Shah Alam bagaimana dengan kawasan lain di negeri Selangor? 

3 ulasan:

otaklunyai berkata...

Sedangkan perintah dan hukum Allah puak2 laknat ini berani utk permain dan pertikaikan, inikan pulak khianat sesama bangsa dan manusia... mereka akan berbuat apa sahaja utk memenuhi kehendak hati iblis dan syaitan mereka... hanya Allah yg Maha Adil dan Maha Berkuasa yg mampu utk memberi pengajaran kepada mereka yg tidak henti2 berbuat khianat dan hasad. Marilah kita berdoa semoga Allah melindungi kita dan Negeri2 dibawah PR dari segala bentuk khianat dan niat jahat puak2 laknat ini... AMIN YA RABBALALAMIN.

yanmaneee berkata...

off white shoes
hermes
golden goose sneakers
yeezy shoes
fila
nike react
yeezy boost 350
air max 2019
yeezy shoes
kd 11

thane berkata...

replica bags aaa quality replica nappy bags replica bags ru