KLIK JOM FOLO DI SINI

Rabu, Februari 23, 2011

Enggan taat perintah jahat Gadhafi, 2 jet pejuang mendarat di Malta dan dapatkan suaka politik



Dua jet tentera udara Libya mendarat di Malta pada hari Isnin (21 Februari 2011) dan juruterbang mereka telah memohon suaka politik di tengah tindakan keras berdarah Kolonel Ghadafi terhadap para demonstran anti-kerajaan di Libya sehingga mengeluarkan arahan mengebom mereka, menurut sumber tentera.

Dua juruterbang jet Mirage yang tidak mahu terlibat dalam operasi pembunuhan rakyat Libya itu telah mendarat di Malta International Airport tidak lama selepas dua helikopter awam mendarat bersama membawa tujuh orang yang dipercayai warga Perancis. 

Sebuah sumber tentera memahami suasanan kelam kabut menyebabkan penumpang telah meninggalkan Libya dengan terburu-buru sehingga hanya seorang sahaja yang memiliki pasport.

Sumber yang tidak mahu dikenali itu berkata juruterbang jet - Kolonel Angkatan Udara Libya - telah berkomunikasi dari udara mereka memohon suaka politik. Mereka telah melarikan jet itu dari sebuah pangkalan berhampiran Tripoli dan telah terbang rendah di atas wilayah udara Libya untuk mengelakkan daripada dikesan, menurut sumber itu.

Tiada ulasan: