KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Februari 25, 2011

Umno-BN cemas kebangkitan orang India: Tunjuk perasaan Hindraf akan dihalang



Pemimpin pertubuhan haram, Hindraf perlu dikenakan tindakan tegas atas dua kesalahan iaitu memperjuangkan sebuah badan yang sudah diharamkan kerajaan dan merancang mengepalai perhimpunan tanpa permit. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin justeru menyerahkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap pemimpin pertubuhan itu.

Tegasnya, kerajaan memandang serius perkembangan pertubuhan itu yang sudah diharamkan tetapi masih wujud dan beroperasi. "Seharusnya mereka yang mengepalai tindakan-tindakan haram mesti diambil tindakan tegas dan itu saya serahkan kepada pihak polis untuk bertindak," katanya.

Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Matrikulasi Bersama Masyarakat Peringkat Kebangsaan di Kolej Matrikulasi Kedah, Changlun di sini hari ini.

Semalam, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali mendesak polis supaya mengambil tindakan tegas terhadap Hindraf yang berkemungkinan merancang menimbulkan huru-hara pada perhimpunan tanpa permit, Ahad ini.

Ibrahim berkata, polis perlu mengambil langkah pencegahan berhubung perhimpunan haram itu sebelum sesuatu yang buruk berlaku.

"Sebenarnya Hindraf sudah diharamkan dan sewajarnya jika perkataan itu sendiri masih nak diperjuangkan oleh mana-mana puak sekali pun, ia merupakan satu kesalahan," kata Muhyiddin.

Tiada ulasan: