KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Februari 17, 2011

Ibunda tercinta Haji Mohamad Sabu kembali ke Rahmatullah jam 1.18 pagi tadi



Seluruh Jawatan Kuasa dan ahli PAS Kawasan Batu mengucapkan takziah atas pemergian ke hadrat Illahi bonda tercinta kepada Tuan Haji Mohd Sabu, Pengerusi Jawatan Kuasa Demokrasi dan Mobilisasi PAS Pusat kira-kira jam 1 pagi tadi  di kediamannya di Guar Petai, Tasek Gelugor.

Jenazah akan disembahyangkan selepas solat Zuhor di Masjid Kg. Padang Menora, Pulau Pinang. Demikian satu kenyataan ringkas Setiausahanya, Haji Ismail Yahya kepada Sanggahtoksago.Com sebentar tadi.

Sementara itu, Setiausaha Jawatan Kuasa Demokrasi dan Mobilisasi PAS Pusat, Tarmizi Mohd Jam bagi pihak seluruh jawatankuasanya turut mengucapkan takziah kepada Tuan Haji Mohd Sabu atas kehilangan sumber inspirasi dan ibu tercinta. - AL-FATIHAH.  

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mengucapkan takziah atas pemergian ke hadrat Illahi bonda tercinta kepada Tuan Haji Mohd Sabu,

Tarmizi Mohd Jam berkata...

Seluruh kepimpinan JK Demokrasi dan Mobilisasi PAS Pusat mengucapkan takziah kepada abang Mad atas pemergian ibunda tercinta ke hadrat Illahi tengah malam semalam. Kami di KL tidak dapat hadir bersama-sama abang Mad di Kg Menora tengahari tadi.

Tarmizi Mohd Jam
Setiausaha
JK Mobilisasi & Demokrasi
PAS Pusat