Jumlah Paparan Halaman

Selasa, Februari 22, 2011

Cikgu Bard dan blogger CinaIslam akan "gego" Parlimen Parit 24 Februari ini


Drs Khalil Idham Lim (tengah) dalam satu program anjuran PAS Kawasan Batu

Blogger CinaIslam yang juga Adun Titi Serong, Parit Buntar, Perak, Drs Khalil Idham Lim dan Ketua Cabang KeADILan Rembau, Negeri Sembilan, Cikgu Badrul Hisham Shaarin atau Cikgu Bard akan menemui pengundi Parlimen Parit, Khamis 24 Februari 2011 ini.

Ketua Penerangan PAS Parit, Rafaei Kasini Bahari, memberitahu Sanggahtoksago.Com sebentar tadi, program ceramah umum ini akan diadakan di Markaz PAS Cawangan Teluk Bedayung, Lambor Kanan jam 9.30 malam. Turut  berceramah Exco Muslimat PAS Pusat, Dr. Najihahtul Soleh Ahmad. Orang ramai dijemput hadir.

0 ulasan: