KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Februari 04, 2011

Kerajaan Selangor tak biarkan YB Sri Muda hadapi seorang diri di bawah Akta Hasutan



Kerajaan Selangor kesal dengan tindakan pihak berkuasa yang menahan ADUN Seri Muda, YB Shuhaimi Shafiei semalam dan dijangka menghadapi pertuduhan mengikut Akta Hasutan pada Isnin ini, lapor Malaysiakini.

"Sekali lagi, senario yang kita bimbangkan telah berulang apabila pihak berkuasa berat sebelah dalam mengambil tindakan dan hanya cepat menyelesaikan siasatan jika ia membawa keuntungan kepada BN dan memburukkan imej wakil rakyat Pakatan Rakyat," demikian menurut kenyataan sekretariat akhbar, pejabat menteri besar Selangor.

"Persoalan yang perlu dijawab oleh pihak berkuasa, mengapakah 
tindakan tegas dan cepat tidak diambil terhadap kes-kes yang melibatkan kepentingan ramai seperti kes kematian Teoh Beng Hock, Kugan dan adik Aminulrashid?

"Kerajaan negeri memberi sokongan penuh kepada YB Suhaimi dan tidak percaya beliau mempunyai sebarang niat untuk memburukkan institusi Raja-raja Melayu," tambah kenyataan itu lagi.

Katanya, ia dapat dibuktikan apabila Shuhaimi dan semua ADUN Pakatan, menyokong dalam sidang DUN 24 Januari lalu untuk mengembali perlembagaan negeri kepada bentuk asalnya yang memberi kuasa kepada sultan Selangor dan menteri besar untuk memilih tiga pegawai tinggi kerajaan negeri.

"Sebaliknya, kesemua ADUN Umno/BN pula menolak pindaan ini yang sekaligus menghalang pengembalian kuasa pelantikan tiga ex-officio kepada DYMM Sultan.

"Dalam hal ini, rakyat boleh menilai sendiri siapakah sebenarnya penderhaka yang tidak menghormati langsung institusi Raja-Raja Melayu tetapi dengan lantang melabelkan orang lain sebagai penderhaka," katanya.

Rakyat juga, tambahnya, dapat melihat berlakunya ketidakadilan pihak berkuasa apabila kes yang tidak mengancam keselamatan negara, diberi keutamaan untuk diselesaikan sedangkan banyak lagi kes-kes jenayah yang meragut nyawa dan menjejaskan kualiti hidup rakyat gagal diselesaikan dengan kadar segera walaupun banyak aduan telah dibuat.

"Dalam kes YB Shuhaimi, kerajaan negeri negeri tidak akan membiarkan beliau berseorangan dalam menghadapi tuduhan tidak berasas ini. Kerajaan negeri akan membantu beliau dengan pembiayaai kos perundangan untuk YB Shuhaimi dan menyokong usaha beliau untuk menegakkan keadilan.

"Apa yang berlaku hari ini menguatkan lagi iktizam dan komitmen Pakatan Rakyat untuk mengembalikan integriti institusi penguatkuasaan termasuk kehakiman, Pejabat Peguam Negara dan polis sekiranya diberi mandat untuk memerintah negara pada pilihan raya umum akan datang," katanya.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

siapa suruh cari masalah....berani buat berani tanggung. kerajaan selangor jangan bazir duit rakyat, aku tak halalkan.