Jumlah Paparan Halaman

Selasa, Februari 22, 2011

Darah Muamar Ghadafii halal: Ulama dunia Yusuf Qhardawi keluar fatwa tembak pemimpin nombor satu Libya!


Muamar Ghadafii kini tertekan dengan kebangkitan rakyatnya yang kian 'menggila'


Mungkin Sheikh Yusuf Qaradhawi 'berbulu' mendengar komen Gaddafi di TV Nasional Libya (sambil berpayung) yang berbunyi: "Aku mahu menunjukkan yang aku masih di Tripoli dan bukannya di Venezuela. Jangan percaya saluran tv asing kepunyaan anjing-anjing itu. Aku mahu mengatakan sesuatu kepada muda-mudi di Dataran Hijau (di Tripoli) dan berjaga malam bersama mereka, tetapi nampaknya hari sudah hujan. Syukur Alhamdulillah ia adalah hujan rahmat."

Gaddafi menanti masa untuk dijatuhkan dan kita percaya dia akan berkongsi nasib melarat seperti Ben Ali dan Hosni Mubarak. Tetapi mungkinkah pemerintah Arab Saudi yang merupakan 'Khadam Dua Tanah Suci' akan terus melindungi penjenayah seperti si gila ini?

Ulama yang berpengaruh, Yusuf al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mana-mana askar Libya yang boleh menembak mati pemimpin Muammar Gaddafi harus melakukannya "untuk menyingkirkan Libya daripada dia."

"Sesiapa dalam tentera Libya mampu menembak peluru pada Gaddafi harus melakukannya," kata Qaradhawi, seorang ulama kelahiran Mesir yang biasanya berpusat di Qatar, lapor telivisyen Al-Jazeera. Dia juga mengarahkan tentera Libya "untuk tidak mematuhi perintah menyerang orang-orang sendiri," dan mendesak duta besar Libya di seluruh dunia untuk memisahkan diri dari rejim Gaddafi.

0 ulasan: