KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Februari 03, 2011

Orang bernama Mahathirlah pemecah-belah Melayu sehingga menjadi tiga puak - Ustaz Idris Ahmad




Memang pegangan Islam nasionalis yang dianut oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sangat teruk dan mengelirukan, dakwa Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad. Katanya, acuan yang diikut bukan berdasarkan kepada apa yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW sebaliknya Islam yang difahami Mahathir dan rakan-rakannya dalam umno hanyalah alat untuk berpolitik dan membeli undi sahaja.

"Bercakap Islam ikut musim dan suasana, menjauhkan Islam ketika luar musim perayaan Islam. Fahaman inilah yang mengelirukan orang bukan Islam di negara ini, dengan tindak tanduk pemimpin Umno," kata beliau.  

PAS katanya, merasa geli hati apabila mendengar kenyataan Mahathir yang mendakwa kononya Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat akan bersetuju jika pendapat rakan bukan Islam dalam Pakatan Rakyat menuntut supaya amalan ajaran Islam dilonggarkan.

Ustaz Idris mengingatkan bekas PM itu, bahawa Tuan Guru Nik Aziz bukanlah berpolitik sehingga menggadaikan prinsip agama  dan memperalatkan agama seperti yang disangka oleh beliau. Banyak salah tanggapan terhadap Islam diperbetulkan oleh Tuan Guru Nik Aziz sepanjang memerintah Kelantan melalui tindakan dan amalan, ujarnya.

"Yang menggunakan agama dan orang agama ialah pemimpin  Umno seperti Mahathir sendiri. PAS daripada dulu lagi menentang tindak tanduk Lee Kuan Yew dalam politik dan pandangan agamanya yang tidak betul.  PAS tidak dengar pula Mahathir marah, ketika ayam sabung beliau, Najib Tun Razak menyerahkan tanah Keretapi Tanah Melayu (KTMB) kepada Singapura seluas 217 hektar. 

"Kenapa beliau tidak berkokok? Mungkin kerana kehendak dan nafsu serakah beliau ditunaikan oleh Najib? Kenapa Mahathir marah dengan Tun Abdullah Badwi dalam setiap langkah yang dibuat oleh beliau. Masyarakat nampak semua berpunca daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan pada zaman Pak Lah," tegas beliau.

Katanya lagi, dakwaan Mahathir kononnya kewujudan PAS membawa perpecahan kepada orang Melayu juga tertolak kerana Umno ditubuhkan dengan restu penjajah Inggeris. Ketika Umno ditubuhkan pada 11 Mei 1946, katanya, sudah ada parti Melayu yang pertama iiatu Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada tahun 1945. 

Malah ketika semua  parti di Tanah Melayu diharamkan oleh penjajah Inggeris pada tahun 1948, yang dibenarkan hidup hanya Umno dan inilah bukti kewujudan Umno untuk memecah belah perpaduan Melayu dan menjadi alat penjajah untuk melawan sesama sendiri, tegas Ustaz Idris.

"Kenapa hendak salahkan PAS dan Tuan Guru Nik Aziz apabila lahirnya Parti Semangat 46? Bukankah Mahathir merupakan orang yang bertanggungjawab di atas perpecahan di dalam Umno, sehingga lahir team A dan team B?

"Begitu juga lahirnya Parti KeADILan kerana kebangkitan ahli Umno yang tidak puas hati dengan cara Mahathir memimpin parti pada waktu itu dan melakukan kezaliman terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim. Apakah Islam nasionalis yang difaham Mahathir menepati dengan kehendak Islam sebenar? Tindakan Presiden MCA  Dato' Seri Dr Chua Soi Lek memperlekehkan hukum salam mungkin salah astu anutan anutan Islam nasionalis," sindir beliau.

Katanya, mungkin Soi Lek  belajar daripada Mahathir yang pernah mengatakan bahawa Nabi Muhamad saw menyimpan janggut, kerana  tidak ada pisau cukur pada waktu itu.   "Beliau (Soi Lek) juga melihat bagaimana isteri pemimpin Umno berpeluk dengan pelakon Bollywood. Jadi tidak hairanlah Soi Lek memperlekehkan hukum salam dalam Islam. Siapa gurunya?" tanya Ustaz Idris lagi.

Tiada ulasan: