KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Februari 22, 2011

Forum Kebangkitan Rakyat: Harapan untuk Demokrasi di Timur Tengah? Malam ini jam 8 malam



Kebangkitan rakyat di Mesir untuk menggulingkan Presiden Hosni Mubarak menjadi tumpuan dunia terkini.  Sesungguhnya, tidak kurang pemerhati politik yang membandingkan pergolakan di dunia Timur Tengah dengan konteks politik di Malaysia - dari cara hidup keluarga Presiden hinggalah jurang ekonomi dalam masyarakat yang menjadi faktor tercetusnya kebangkitan rakyat.

MerdekaReview bersama Free Public Forum dan Pemuda Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor mengambil inisiatif untuk menganjurkan forum berjudul "Kebangkitan Rakyat: Harapan untuk Demokrasi di Timur Tengah?" pada jam 8 malam, 22 Februari (Selasa), di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor.  

Forum ini bakal membariskan panelis Nora Murad (Amnesty International Malaysia-AIM), Liew Chin Tong (Ahli parlimen Bukit Bendera), Mujahid Yusuf Rawa (Ahli parlimen Parit Buntar, Penulis buku "Menuju PAS Baru") dan Hishamuddin Rais (Aktivis/pengkritik sosial, penulis bebas), dengan Fahmi Fadzil sebagai moderatornya. Kemasukan adalah percuma.  Sila datang beramai-ramai.

Tiada ulasan: