Kepimpinan Barisan Nasional (BN) yang berpengalaman merupakan satu kelebihan yang akan dapat terus memajukan Sarawak, bukannya seperti pentadbiran baru di Selangor yang ‘tunggang-langgang’, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.
Beliau berkata, pentadbiran Selangor di bawah pimpinan pakatan pembangkang terbukti tidak menepati kehendak rakyat, lapor Bernama.
"Sokongan rakyat Sarawak pada BN satu kewajipan yang harus kita pegang dan laksanakan agar negeri ini lebih maju, dan sehubungan itu, kita perlukan pimpinan kerajaan yang sudah lama tetapi berpengalaman. Tidak guna kalau kerajaan yang baru yang buat kerja pun tidak reti, macam Menteri Besar Selangor (Tan Sri Khalid Ibrahim), macam-macam masalah yang timbul sehingga pentadbiran tunggang-langang di negeri Selangor.
"Berdasarkan kajian yang dibuat sebuah universiti baru-baru ini, ramai kakitangan kerajaan tidak puas hati kerana pentadbiran di Selangor tidak mencapai sasaran dan tidak menepati kehendak rakyat,” katanya pada majlis pecah tanah projek Jalan Tuie-Supa-Manggut bernilai RM72 juta di sini hari ini.

0 ulasan:
Catat Ulasan