KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, Februari 14, 2011

Memo Interlok-Pena kepada Najib tak dilayan?



INTRELOK oleh Abdullah Hussain itu lahir ketika filem Gerimis dan Sesudah Subuh arahan P Ramlee ini beredar di khalayak. Wajar juga ditelaah, kenapa di dalam kedua-dua filem ini menayangkan hubungan Melayu dengan India? Bahasa Tamil mula diselitkan dalam filem Melayu Malaysia saat itu.

Filem Gerimis terbit pada 1968, setahun sebelum 13 Mei 1969. Hal itu mewujudkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK) di Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971. Abdullah Husain adalah editor majalah Gelanggang Filem yang diterbitkan perusahaan Percetakan P Ramlee. Adakah ini berkaitan Interlok?

Tapi, itu cerita lama yang sesekali perlu ditelaah bersama. Dan, inilah cerita terbaru mengenai Interlok.

Pada 5 Februari lalu, ketika Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak dalam rangka lawatan ziarah ke Masjid Jamek Kg Baru, maka pada jam 3 petang, sekumpulan penulis sudah pun berkumpul di Rumah Pena (Persatuan Penulis Nasional) bagi membahaskan  memorandum buat pimpinan tertinggi kerajaan.

Memorandum Pena itu melibatkan tuntutan dan desakan mereka terhadap novel Interlok yang menurut mereka tidak perlu lagi dipinda kalimat sensitif yang didesak oleh MIC sebelum ini.

Khabarnya, mengikut rancangan awal, memorandum itu mahu dihantar selepas solat Asar ketika Mohd Najib selesai menunaikan solat. Saya percaya keputusan telah dibuat.

Hal itu disebut sebagai 'win-win situation' - keadaan 'menang-menang', begitu menurut laporan akhbar. 

Dalam kesibukan Mohd Najib itu, kita sedia maklum bahawa keputusan mengenai Interlok hal itu telah pun diserahkan dan diamanahkan kepada Muhyiddin Yassin sebelum ini dan keputusan telah dibuat.

Apabila Muhyiddin telah membuat keputusan, maka Najib pada kebiasaannya tidak peduli lagi asalkan hal itu tidak menganggu kedudukannya dan kedudukan ayahnya Tun Abdul Razak.

Pergeseran Najib dan Muhyiddin

Kita telah tahu 'pergeseran kecil' Najib – Muhyiddin berhubung isu Melayu dan 1Malaysia sebelum ini.

Di pihak Umno, kononnya, 'pergeseran' itu memang dirancang antara Najib dan Muhyiddin sendiri. Dan 'pergeseran' itu wujud sejak zaman Tun Abdul Razak menjadi PM dan Tun Dr Ismail menjadi TPM.

Bagaimana, sandiwara 'pergeseran' itu berlaku? Cerita orang-orang Umno itu begini...

Dalam sandiwara Umno, Abdul Razak akan melakonkan watak perpaduan antara kaum; Melayu, Cina dan India dan Dr Ismail melakonkan watak pembela Melayu, persis sandiwara Najib – Muhyiddin kini.

Najib menjuarai 1Malaysia bagi menjala sokongan, memancing undi bukan Melayu. Muhyiddin Yassin pula akan lebih banyak bercakap hal Melayu guna memukat undi Melayu. Ini lakonan sandiwara.

Apabila Utusan Melayu melalui Awang Selamat dan sesetengah wartawannya menukang kempen untuk meniru Singapura dalam menawarkan cuti umum bagi mengenang kisah rusuhan kaum di Singapura itu maka nampaklah seolah-olah wujudnya pergeseran antara Najib dan Muhyiddin.

Muhyiddin mahu 13 Mei diisytihar sebagai cuti umum seperti mana langkah Singapura. Atau, 13 Mei itu dikembangkan sebagai kempen yang selalu dikenang dan diingati sebagai usaha menarik sokongan Melayu. Tapi, apabila persoalan itu di hadapkan kepada Najib yang baru kebah dari sakitnya sebelum ini, maka beliau terus menolak cadangan Muhyiddin dan akhbar Utusan itu.

Ramai melihat keputusan itu diambil Najib kerana dirinya berjiwa 1Malaysia. Tapi, ada sebab lain juga kenapa Najib bersikap demikian. Kalau 13 Mei kerap diulang-ulang, maka semakin banyak usaha bagi mengkaji peranan gelap Tun Abdul Razak ketika 13 Mei. Adakah Najib ingin mahu hal itu berlaku?

Itu antara salah satu contoh bagaimana Mohd Najib akan bertelagah secara halus dan berlakon sebagai menunjukkan watak 1Malaysia yang mahu menyantuni semua penganut agama dan bangsa.

Dalam hal Interlok demikian juga, Najib tak berminat apatah lagi hal ini akan calarkan imej 1Malaysia.

Jika Muhyiddin 'wira Melayu' Umno rebah dengan kemahuan MIC apatah lagi Najib? Anganan Utusan, Muhyiddin agar 13 Mei menjadi cuti umum ditolak Najib bukan atas ruh 1Malaysia, tapi kerana khuatir kisah gelap Abdul Razak terbongkar. 

Jadi, selagi Interlok tidak mengganggu undi Melayu, tidak ganggu bapanya, memo hanya tinggal memorandum. Namun, memo Pena itu wajar disokong atas usahanya itu.

Cuma, jangan harap bahawa memo itu akan buatkan fikiran Najib berubah. Muhyiddin telah membuat keputusan 'menang-menang' demi undi MIC, jadi adakah Najib peduli syor penulis, desakan Umno? 

Sekali-kali tidak. Najib juga tahu bahawa persatuan penulis termasuk Melayu Umno itu masih berkiblat dengan anugerah-anugerah dato', pangkat gelaran yang mesti melalui jalur kepartian.

Penulis yang mahu Interlok dibahas jujur melalui akademik ini tewas sebab Umno dan MIC mengguna medan parti, bukan pentas akademik. Tiada jalan lain. Sama ada mahu debat dengan Najib - Muhyiddin atas pentas akademik atau mengajar mereka dengan cara politik kepartian melalui undi.

Merumuskan keputusan baharu ini juga suatu bentuk jihad revolusi! Revolusi bukan hanya perjuangan berdarah di Tunisia, Mesir. Mengundi parti lain, selain Umno adalah usaha memerangi rasa sayangkan Umno. Itu juga jihad menambahkan pahala. Itu juga revolusi demi negara. Revolusi! Sampai Mati! - H Fansuri

Tiada ulasan: