KLIK JOM FOLO DI SINI

Rabu, Februari 23, 2011

PAS Batu anggap Muamar Ghadafi "Syaitan Baru" Timur Tengah yang wajib diperangi




PAS Kawasan Batu mengutuk sekeras-keras tindakan jahat Muamar Ghadafi yang menyerang para penunjuk perasaan dengan jet pejuang tentera udara negara itu, sambil menyifatkan singa padang pasir itu sebagai "syaitan baru" di Timur Tengah yang wajib diperangi.

Menurut Timbalan Yang DiPertua yang juga Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Antarabangsa PAS Kawasan Batu, Dato Shuhaimi Abdul Rahman (gambar kanan), keangkuhan Ghadafi itu patut diajar oleh rakyatnya disamping mendesak campur tangan OIC ke atas negara berkenaan.

Katanya kepada Sanggahtoksago.Com sebentar tadi, tuntutan perubahan di Libya bukan isu kecil dan terpencil tetapi ia sudah menjadi trend yang sukar diempang di Timur Tengah kerana ledakan rakyat yang kuat untuk melakukan perubahan politik dalam kepimpinan negara.

Dalam kenyataannya juga, beliau memberitahu  bahawa seramai empat orang pimpinan PAS Kawasan Batu akan berangkat ke negara Kampuchia pada Rabu, 3 Mac depan bagi mengadakan lawatan ke beberapa kawasan perkampungan Melayu Islam di sana.

Kata Dato' Suhaimi, mereka yang terbabit dalam ekspedisi selama lima hari ini ialah Naib Yang Dipertua PAS, Tarmizi Mohd Jam, Setiausaha, Ismail Yahya dan seorang aktivis gigih, Yaakob Ibrahim.

Tiada ulasan: