KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, Februari 21, 2011

Malaysia beli peralatan pertahanan itu dengan harga 'gila-gila' tingginya berbanding harga sebenar!




Apakah benar kos peralatan pertahanan negara melambung tinggi sehingga mencecah  RM 6 bilion untuk enam kapal peronda pesisir pantai OPVs? Wartawan Harakah, NYZA AYOB cuba mengcungkil isu ini dari kaca mata Brig. Jen (B) Abdul Ghani Mahludin yang berpengalaman luas dalam bidang ketenteraan selama 31 tahun. Pada awal 1980-an beliau memegang jawatan Pengarah Perancang Pertahanan di Bahagian Staf Perkhidmatan Bersama, Kementerian Pertahanan sebelum bersara pada 1984.- Bahagian 2

BRIG. JEN (B) ABDUL GHANI: Berdasarkan laporan audit negara setiap tahun, Kementerian Pertahanan sering menerima kritikan mengenai kaedah perbelanjaan  yang peruntuk. Ini menunjukkan kementerian gagal buat pertimbangan?

Iya gagal itu... seperti kita menuntut ilmu, jika ada kesalahan cikgu akan membuat pembetulan dan komen tetapi ada kalanya kita buat tidak kisah. Itulah yang saya sifatkan di Kementerian Pertahanan.  Orang tegur buat tidak tahu sahaja. Sebab jawapannya... ini pertahanan negara. Sewaktu saya berkhidmat dahulu ada orang menggunakan kiasan pertahanan negara ini seperti insurans. Kita ambil insurans ini untuk keluarga kita, apabila kita meninggal atau apabila kita sudah tua, insurans tu digunakan semasa kita hidup. Jadi orang yang sekarang gunakan tidak dapat. Apabila kita sebut insurans premiumnya agak tinggi.

Jadi kenapa Malaysia beli peralatan pertahanan itu dengan harga 'gila-gila' tingginya berbanding harga sebenar?

Mengapa? Saya tidak dapat jawab. Tetapi saya boleh katakan antara sebabnya kerana menggunakan 'orang tengah'. Satu lagi sebab tentera tidak pegang duit. Senjata yang dibeli itu bahagian kewangan Kementerian Pertahanan yang bertanggung jawab. Kami tidak dibenarkan menggunakan wang. Kami boleh buat sesuatu, hantar bil pada mereka. Sebelum kami hendak beli, kami kena minta approval. Jika hendak beli kapal berharga RM1 juta, bagi tahu kepada mereka dan mereka memberi kebenaran untuk beli kapal tersebut dengan nilai RM1 juta. Apabila dapat bil, mereka yang akan bayar. Sama ada  mereka bayar RM1 juta atau lebih, kita tidak tahu. Kami tidak tahu perkara tersebut. Memang peraturan di Kementerian Pertahanan, pihak awam yang memegang bil dan duit, kami di pihak tentera cuma memilih barang apa yang hendak beli dan kami sentiasa dinasihatkan beli barang yang murah tetapi memenuhi keperluan pertahanan.

Pada pandangan saudara, kenapa kerajaan perlu bayar komisyen yang tinggi kepada 'orang tengah'?

Itu saya tidak dapat jawab juga. Kalau saya jawab saya menuduh orang. Dan mungkin tidak tepat. Saya boleh katakan sebagai contoh kita beli durian daripada orang kampung. Orang kampung jual satu bakul. Tapi saya jual di pasar mengikut harga saya. Mengapa kita beli peralatan pertahanan melalui orang tengah? Ia sama jugalah seperti orang kampung yang tidak dapat menjual terus kepada pembeli. Dia dah cipta sistem.

Mungkin 'orang tengah' boleh dipercayai dalam merahsiakan maklumat mengenai pembelian tersebut?

Dalam soal menentukan kemampuan alat itu bukan dia yang berhak. Dia yang menentukan harga. Yang menentukan alat itu baik atau tidak adalah tentera sendiri. Berdasarkan pengalaman saya, terdapat pegawai yang berpangkat kapten yang menguji alat tersebut dan mengesyorkan kepada orang atasan sama ada patut atau tidak peralatan tersebut dibeli. Soal menentukan peralatan memang pihak tentera tentukan tetapi mengenai pembelian peralatan dan harga ditentukan pihak lain iaitu pihak awam yang bertanggung jawab terhadap kewangan.

Sebagai contoh dalam kes pembelian kereta perisai, Malaysia beli daripada syarikat yang tidak berpengalaman dalam bidang teknologi dan pembuatan. Apa risiko atau kesannya kepada negara?

Jika tidak mempunyai pengalaman dalam pembuatan tersebut, dibimbangi apabila sampai waktu senjata itu nak digunakan... bertempur, kereta perisai tersebut hanya boleh digunakan untuk tempoh yang singkat sahaja. 
Berdasarkan pengalaman juga, apabila kita beli sesuatu alat itu, kita juga beli teknologi bagaimana hendak memperbaiki kerosakan tersebut. Bukan beli begitu sahaja. Kita ada juruteknik kita sendiri untuk  memperbaiki kerosakan tersebut - bersambung

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Vеry nіce post. I just stumbled upon youг weblοg and wanted to sаy that Ӏ have reаlly enjoуed
broωsing your blog posts. In any case Ι will be subscribіng to your rѕs feed аnd I hope you
write again soon!

Μy ωеb blog - payday loans

Tanpa Nama berkata...

Peculiar article, totally what I was looking for.



Also visit my web ѕite; Same Day Payday Loans

oakleyses berkata...

nike air max, true religion, longchamp handbags, tiffany jewelry, polo ralph lauren outlet, coach outlet, coach outlet store online, ray ban sunglasses, nike air max, nike shoes, michael kors outlet store, red bottom shoes, michael kors outlet online, christian louboutin, jordan shoes, longchamp outlet online, louis vuitton outlet, christian louboutin shoes, prada handbags, longchamp outlet, michael kors outlet online, prada outlet, michael kors outlet online, oakley vault, louis vuitton outlet, cheap oakley sunglasses, louis vuitton handbags, ray ban outlet, coach purses, christian louboutin outlet, polo ralph lauren, louis vuitton outlet online, kate spade handbags, true religion outlet, burberry outlet online, burberry outlet online, tiffany and co jewelry, tory burch outlet, oakley sunglasses, louis vuitton, coach outlet, nike free, michael kors outlet online, michael kors outlet, kate spade outlet online, chanel handbags, gucci handbags

oakleyses berkata...

air max pas cher, sac vanessa bruno, lacoste pas cher, north face pas cher, hollister, nike air max, north face, nike free pas cher, ray ban uk, burberry pas cher, ralph lauren pas cher, barbour, nike roshe run, louis vuitton pas cher, vans pas cher, nike air force, scarpe hogan, louis vuitton, louis vuitton uk, converse pas cher, new balance pas cher, nike roshe, sac louis vuitton, nike blazer pas cher, air jordan, ralph lauren, timberland, abercrombie and fitch, hermes pas cher, true religion outlet, ray ban pas cher, lululemon, michael kors uk, longchamp pas cher, sac michael kors, mulberry, chaussure louboutin, true religion jeans, air max, nike free, nike air max, tn pas cher, michael kors canada, hollister, guess pas cher, oakley pas cher, longchamp

oakleyses berkata...

new balance outlet, canada goose, ugg boots, mcm handbags, ugg soldes, herve leger, canada goose outlet, babyliss pro, uggs on sale, birkin bag, reebok shoes, vans outlet, instyler ionic styler, p90x workout, soccer shoes, mont blanc pens, abercrombie and fitch, uggs outlet, north face outlet, canada goose outlet, jimmy choo shoes, hollister, bottega veneta, lululemon outlet, asics shoes, chi flat iron, insanity workout, nike trainers, canada goose outlet, marc jacobs outlet, ugg, ugg outlet, wedding dresses, longchamp, valentino shoes, north face jackets, rolex watches, soccer jerseys, nike huarache, nfl jerseys, roshe run, giuseppe zanotti, beats headphones, mac cosmetics, ferragamo shoes, ghd, celine handbags

oakleyses berkata...

karen millen, hollister, moncler, louis vuitton canada, toms outlet, converse, air max, moncler outlet, pandora charms, gucci, pandora uk, uggs canada, pandora jewelry, parajumpers outlet, nike air max, converse shoes, vans, coach outlet, ray ban, ugg, moncler, thomas sabo uk, hollister canada, baseball bats, canada goose pas cher, moncler, swarovski uk, moncler, canada goose uk, oakley, juicy couture outlet, timberland shoes, lancel, replica watches, supra shoes, links of london uk, juicy couture outlet, swarovski jewelry, iphone 6 case, canada goose, louboutin, ralph lauren, wedding dress, canada goose, montre femme, hollister clothing, moncler, moncler