KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Februari 25, 2011

Perbicaraan Sodomi II: Bungkusan Sampel Bahan Bukti Diubah



Perbicaraan kes Fitnah II bersambung hari ini apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendengar keterangan pakar DNA, Ketua Unit Jenayah Berat Jabatan Kimia, Dr Seah Lay Hoong. Dalam perbicaraan yang bermula pukul 8.54 pagi, mahkamah didedahkan bahawa laporan kimia yang diberi kepada pasukan peguam Anwar berbeza dengan laporan yang dikemuka di mahkamah.

Ia berkaitan pembetulan label sampel bahan bukti yang diambil dari pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan Dalam borang yang dikemukakan, bungkusan sampel diterima ditanda B12 tetapi hari ini Dr Seah menunjukkan borang dengan sampel yang ditanda sebagai B11.

Seah berkata pembetulan dilakukan di hadapannya tetapi Ram Karpal bertanya kenapa pendakwa tidak ada salinan yang sama dengan pakar kimia. Ram Karpal berkata, mahkamah tidak boleh meneruskan perbicaraan itu kerana tidak termasuk ke rangkaian bukti. Pendakwa Raya Mohd Yusof Zainal Abiden bagaimanapun berkata perkara itu tidak penting tetapi yang penting adalah kenyataan lisan dalam mahkamah.

Hakim, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah memutuskan borang tersebut tidak boleh diterima mahkamah. Prosiding perbicaraan yang kini sedang berjalan dijangka mendengar lebih banyak keterangan mengejutkan dari saksi pendakwaan.

Semalam, mahkamah dikejutkan dengan laporan proforma yang ditulis doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang menyatakan hanya ‘cubaan liwat’ dan ‘cubaan seks oral’ pada ketika Saiful berjumpa doktor.

Perkara itu didedahkan oleh Pakar Jagaan kecemasan HKL, Dr Khairul Nizam Hassan. Mahkamah juga dikejutkan dengan keterangan Pakar Forensik HKL, Dr Siew Sheue Feng yang tidak mengisi borang proforma berkaitan pemeriksaan di dubur Saiful, rektum dan sejarah perubatan pengadu.

Mahkamah semalam turut dikejutkan dengan kenyataan peguam Sankara Nair bahawa botol berisi sampel bahan bukti yang diambil dari tubuh Saiful mempunyai tanda-tanda telah diusik.

Tiada ulasan: