KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, Februari 21, 2011

Kekejaman pindaan Akta Pengangkutan Jalan: Penguatkuasaan peraturan lalulintas sudah diswasta, bangkitlah rakyat!




Kenyataan Timbalan Menteri Pengangkutan di Parlimen bahawa kerajaan tidak mengeluarkan sebarang perbelanjaan untuk membeli kamera bagi mengesan kesalahan pengguna jalan raya menimbulkan persoalan kerana pada 25 Mac tahun lalu, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Dato' Solah Md Hasan menyebut JPJ telah membeli 831 kamera yang telah dipasang, telah Ahli Parlimen Poko Sena, Dato' Mahfuz Omar.

Katanya, terdapat percanggahan ketara antara dakwaan Timbalan Menteri tentang Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dengan Ketua Pengarah JPJ dan ini amat mengelirukan rakyat. Dua syarikat yang dimaksudkan ialah Beta Tegap Sdn Bhd dan Commercia Cirle (M) Sdn Bhd yang akan mendapat komisyen daripada setiap saman yang dikeluarkan kepada pengguna jalan raya.

"Persoalan yang timbul apa akan jadi kepada kamera yang dibeli oleh JPJ? Adakah kamera itu akan diambil alih oleh syarikat yang mengendalikan AES ini?" tanya Mahfuz ketika berucap di Dewan Muhibbah, Taman Bolton, Batu Caves baru-baru ini.

Soalnya lagi, adakah syarikat ini akan membayar kepada JPJ yang mengeluarkan perbelanjaan membeli kamera termasuk 566 sebagai perangkap had laju, 265 untuk kamera di lampu isyarat dan 250 kamera mobile yang jumlah semuanya 1,081 unit.

Menurut Mahfuz, pelaksanaan AES teknologi termasuk software akan dibangunkan dua syarikat berkenaan berdasarkan persetujuan kerajaan pada 22 April 2009 dan dibentang untuk pertimbangan jemaah menteri pada 16 September 2009 dengan menggunakan kaedah "Model Kewangan dengan Formula 3 Langkah".

Model ini antaranya melaksanakan pengagihan komisyen pengutipan saman antara syarikat itu dan kerajaan melalui Formula 3 Langkah iaitu pulangan paling rendah setahun enam juta saman, langkah kedua 10 juta saman dan langkah ketiga, 15 juta saman.

Setiap langkah ini ada pembahagian komisyen saman kepada kedua-dua syarikat tersebut tanpa mendapat keputusan mahkamah terlebih dahulu. Keseluruhannya purata daripada enam juta saman atas kompaun RM300, jumlah yang akan diperolehi oleh kedua-dua syarikat itu RM1.8 bilion setahun daripada 35 peratus komisyen.

Dalam masa lima tahun berasaskan Formula 3 Langkah ini, jumlah enam juta saman syarikat ini akan memperolehi RM3.84 bilion. AES akan dikuatkuasakan pada tahun ini dengan menggunakan teknologi kamera yang dipasang di jalan raya dan lebuh raya seluruh negara.

Kamera ini mengambil gambar kenderaan yang memandu melebihi had laju dan akan di proses di sebuah pusat pemprosesan gambar yang akan dihubungkan dengan Pengkalan Data JPJ. Kemudiannya saman akan dikeluarkan secara automatik melalui komputer yang akan dihantar terus kepada pemilik kenderaan yang melakukan kesalahan. 

Setiap saman automatik yang dikeluarkan dianggap telah diserahkan walaupun pemilik atau pemandu kenderaan tidak menerimanya. Dengan pengenalan AES dan memberikan hak pengendalian kepada dua syarikat swasta ini secara tidak langsung menggambarkan bahawa penguatkuasaan peraturan lalulintas telah diswastakan.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Excellent way οf telling, and good ρost to get data оn thе topiс
of my ρrеsentation subϳeсt matter,
ωhich i am going to cοnvey in inѕtіtutіon of higher education.


Feel free to viѕit my ѕite - payday loans

Tanpa Nama berkata...

Hi theге, сonstantly і used to сheсκ webpagе posts here іn
the early hours in the breaκ οf day,
beсausе i enјoy to finԁ out more
and moгe.

my hоmepage - payday loans