KLIK JOM FOLO DI SINI

Rabu, Februari 02, 2011

Kerajaan Najib lembab: Dahulukan rakyat bawa ke tanahair, jangan banyak dalih




Angkatan Muda KeADILan Malaysia (AMK) kesal dengan kelembapan Kerajaan Malaysia khususnya Kementerian Luar Negeri dalam memberi respon balas mengenai krisis yang sedang melanda Mesir yang kini turut mengesani komuniti Malaysia yang kebanyakannya terdiri daripada mahasiswa.

Menurut Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin, seramai 11,319 pelajar Malaysia didaftarkan secara rasmi menuntut di Mesir dalam pelbagai disiplin terutama dalam bidang perubatan dan agama. 

"Dalam jumlah ini lebih daripada 70 peratus pelajar terlibat dengan kawasan darurat terutama di Kaherah. Keadaan makin meruncing apabila Presiden Hosni Mubarak tetap berkeras untuk mengekalkan kuasa diktaktornya, rakyat semakin bangkit dan pihak penjenayah mengambil kesempatan untuk merompak dan membakar bangunan," katanya.

Katanya, AMK secara rasmi mendesak Kerajaan Malaysia agar menyegerakan bantuan makanan dibekalkan segera kepada para pelajar; pelajar dibawa pulang melalui penerbangan yang dibawa oleh kerajaan Malaysia; secara alternatif, penggunaan kapal milik Tentera Laut Di Raja Malaysia atau kapal-kapal swasta boleh dimanfaatkan; dan bantuan keselamatan kepada rakyat dan pelajar Malaysia sewaktu proses membawa keluar dari kawasan darurat.

Shamsul yakin rakyat Malaysia seluruhnya tidak mempunyai ruang untuk berkompromi dengan kelembapan tindakan yang berpotensi mengancam nyawa pelajar-pelajar Malaysia di Mesir.

Tiada ulasan: