KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, Februari 14, 2011

Betulkah orang Melayu takkan bangkit macam Mesir selagi ada "hantu" DAP?



Membaca tulisan Pak Bakaq atau Penarik Beca cukup menyentuh. Katanya, Najib patutnya tak perlu gelisah dan tak perlu risau. Sebenarnya diktator Mesir, Hosni Mubarak (kononnya menang pilihan raya dengan lebih 90 peratus undi) tidak bertuah seperti Najib, Umno dan Barisan Nasional (BN). 

Mubarak tak bertuah seperti Umno kerana Mesir bukan negara berbilang kaum seperti Malaysia. Mesir tak ada orang-orang Cina untuk dijadikan hantu menakut-nakutkan orang Arab. Mesir tak ada DAP. Di negara itu, Kristian Koptik pun tak sama taraf dengan DAP di Malaysia.

Di Malaysia apa nak susah? Tengok orang Melayu berang sikit, cepat-cepat ratib-ratibkan "Cina, Cina, DAP, DAP, Singapura, Singapura". Buang Umno, Cina naik. Buang Umno, DAP agen Singapura naik. 

Dengan mudah orang Melayu boleh diperdayakan. Boleh kata insya Allah agaknya, kerana DAP, Melayu dan Umno berpisah tiada. Patutnya para pemimpin Umno tidur atas bantal yang bersarungkan lambang DAP kerana parti itu adalah salah satu tangkal azimat mereka untuk terus berkuasa dan menjarah negara ini.

Tiada ulasan: