KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Februari 03, 2009

ADUN Behrang kini benar-benar berang menuduh PKR menyingkirkannya!

KALI INI benar-benar berang. Bukan apa, kerana PKR sendiri cuba buang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dari parti itu. Dari menjadi Adun dan menjadi Exco Kerajaan Negeri Perak.

Jamaluddin mendakwa tindakan PKR menghantar surat peletakan jawatan beliau sebagai wakil rakyat berpunca daripada keinginan pemimpin tertentu parti itu yang berhasrat bertanding jika diadakan pilihan raya kecil.

Beliau berkata, ada pihak dalam PKR yang ingin pilihan raya kecil diadakan supaya calon pilihan mereka dipilih bertanding. Begitulah dakwaan Jamaluddin yang sebelum ini "hilang" selama lima hari dari pandangan mata dan tidak masuk kerja selama "hilang" itu.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak V. Sivakumar menerima surat peletakan jawatan Jamaluddin dan Adun Changkat Jering Mohd Osman Jailu Ahad lepas tetapi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini memutuskan bahawa tidak berlaku kekosongan pada keduadua kerusi berkenaan.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf berkata, ini kerana SPR mendapati wujudnya keraguan terhadap keduadua surat peletakan jawatan Mohd Osman Jailu sebagai Adun Changkat Jering dan Jamaluddin Mohd Radzi sebagai Adun Behrang.

Ketika dihubungi Bernama hari ini, Jamaluddin mendakwa berlaku perebutan jawatan di kalangan pimpinan PKR dan usaha untuk mengadakan pilihan raya kecil di dua kerusi DUN dirancang bagi membolehkan pemimpin tertentu dalam parti menjadi wakil rakyat dan seterusnya Exco kerajaan negeri.

Jamaluddin yang juga Bendahari dan Timbalan Pengerusi PKR Perak menyifatkan keadaan yang berlaku sebagai mainan kotor beberapa pemimpin parti yang ingin bertanding di DUN Behrang dan DUN Changkat Jering.

Mengenai tuduhan bahawa "kehilangan" beliau dan Osman didalangi oleh Barisan Nasional (BN), Jamaluddin berkata beliau sebenarnya cuti sakit dan tiada kena mengena dengan Umno.

Sebentar tadi, Buletin Utama menyiarkan rakaman penafian, penjelasan dan dakwaan Jamaluddin berkenaan perkara di atas.

Tiada ulasan: