Presiden GESA, Tarmizi Mohd Jam bersama Setiausaha Eksekutif GESA, Ismail Yahya (bukan Tan Sri Abdul Hamid Othman)
GERAK Sedar Anak Perak (GESA) menyokong penuh tindakan pantas Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin mengadap Sultan Perak dan mengarahkan Speaker DUN, V Sivakumar menyerahkan "Surat Maut" perletakan jawatan Adun Behrang dan Changkat Jering kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam.
Menurut Presiden GESA, Tarmizi Mohd Jam, langkah tersebut telah menamatkan strategi licik BN untuk "membeli" Jamaluddin Mohd Radzi dan Osman Jailu dan ia amat mengejutkan kedua-dua wakil rakyat PKR itu hingga memaksa mereka berdua keluar dari "kuarantin" dan tempat "persembunyian" selama lima hari mereka.
Langkah itu juga telah mendedahkan indentiti gerakerja mereka berdua apabila pada tarikh 2 Februari 2009 bersamaan hari Isnin, kedua-dua Adun ini tidak menampakkan jasad dan muka mereka di khalayak tetapi mengadakan sidang media melalui wakil yang dilantik dan di tempat yang berbeza.
Tarmizi yakin, modus operandi gerakerja mereka berdua telah menemui jalan buntu dan BN sudah tidak mahu merundingi mereka apabila 'lompat parti' kedua-dua Adun ini tidak lagi efisyen setelah surat perletakan jawatan itu tiba ke meja SPR pagi semalam.
Sebaliknya, jelas bekas calon PAS DUN Bota ini, impak besar dari tragedi "hilang" mereka itu, BN terpaksa berdepan dengan dua pilihan raya kecil serentak di Perak. Realitinya, kedua-dua kawasan ini adalah kawasan yang undi penentunya sudah ditentukan oleh kaum Tionghua dan tidak mungkin pada pilihan raya kali ini, undi mereka berubah.
Ini kata Tarmizi, akan menyulit dan merudumkan imej BN yang memang sudah tercedera. GESA menyeru semua petugas pilihan raya Pakatan Rakyat seluruh negara bekerja keras dan mempastikan "tsunami" politik Permatang Pauh dan Kuala Terengganu membadai Changkat Jering dan Behrang demi untuk mendapatkan wakil rakyat yang benar-benar berdiri atas kepentingan rakyat sejagat.

1 ulasan:
lebron james shoes
balenciaga
air jordan
nike off white
curry 6 shoes
golden goose sneakers
off white
kobe
golden goose outlet
jordan shoes
Catat Ulasan