KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Februari 03, 2009

Kit Siang sifatkan keputsuan SPR bercanggah dengan Perlembagaan bila ketepikan keputusn Speaker!


REAKSI AWAL pengekalan kerusi DUN Behrang dan Changkat Jering seperti diumum SPR hari ini: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menyifatkan suruhanjaya itu bertindak "bercanggahan dengan perlembagaan" apabila membelakangkan keputusan Speaker DUN Perak. Ahli parlimen Ipoh Timur mendakwa, SPR bertindak seolah-olah sebagai mahkamah, "satu keputusan yang jelas dipengaruhi oleh kepentingan politik BN.

"Selepas keputusan SPR ini, kata Lim lagi, "semua pilihan untuk menyelesaikan krisis politik di Perak harus dipertimbangkan."

SEMALAM saya melaporkan kutipan info dari Ipoh Perak. Keputusan mesyuarat bersama Lajnah Politik dan Pilihan Raya PAS Pusat dengan Dewan Harian PAS Perak. Sidang media jam 12 tengah malam tadi memaklumkan PAS menyokong apa jua keputusan yang diputuskan oleh Pakatan Rakyat termasuk mengosongkan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), Behrang dan Changkat Jering berikutan tindakan kedua-dua ADUN yang dikatakan melompat parti.

Nasharuddin menegaskan PAS juga menyokong penuh tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V Sivakumar yang menyerahkan surat perletakan jawatan kedua-dua ADUN berkenaan, Jamaluddin Mohd Radzi dan Osman Jailu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pagi 2 Februari lalu.

Dalam perkembangan hari ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang didakwa telah kosong melalui peletakan jawatan masih disandang oleh wakil-wakil rakyat PKR.

Susulan itu tiada pilihan raya kecil di kerusi itu kerana SPR tidak boleh menggunakan kuasa bawah Perkara 36(5) Perlembagaan Negeri Perak dalam memastikan berlakunya kekosongan bagi kedua-dua kerusi tersebut, kata Pengerusinya Datuk Seri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Dalam mesyuarat khasnya pagi ini, SPR memutuskan "wujud keraguan" pada surat peletakan jawatan Jamaluddin Mohd Radzi dan Mohd Osman Jailu - masing-masing Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang dan Changkat Jering.

"Oleh itu, SPR... memutuskan bahawa kerusi-kerusi tersebut masih disandang oleh kedua-dua Adun berkenaan yang memenangi kerusi-kerusi tersebut pada pilihan raya umum ke-12 lepas," kata Abdul Aziz.

"SPR telah meneliti secara mendalam dan rapi dari pelbagai sudut perundangan dan dengan ini memaklumkan bahawa SPR mendapati wujud keraguan terhadap surat-surat peletakan jawatan oleh penyandang-penyandang kerusi berkenaan yang telah dihantar oleh Yang Dipertua DUN Perak itu memandangkan kedua-dua penyandang kerusi terbabit sendiri secara sedar telah mengesahkan bahawa surat-surat berkenaan tidak berkuatkuasa," tambahnya.

Beliau mengumumkan demikian susulan wujud kekeliruan selepas Speaker DUN Perak, V Sivakumar mengisytiharkan kekosongan dua kerusi itu dengan menyerahkan surat-surat tersebut kepada SPR negeri semalam. Pada hari yang sama, Jamaluddin dan Mohd Osman turut menyerahkan surat, menyatakan bahawa surat peletakan mereka itu tidak berkuatkuasa, lapor Malaysiakini.

Surat peletakan jawatan mereka itu diserahkan kepada SPR selepas desas-desus kedua-duanya akan meninggalkan PKR dan menyertai BN sejak minggu lepas. Jamaluddin dan Mohd Osman semalam bagaimanapun menyatakan akan kembali bertugas seperti biasa dan "tidak timbul mereka telah bertukar parti".

1 ulasan:

taipingmali berkata...

salam tuan blog,,

Apa kata MB Perak membubarkan kerajaan dan menyerahkan kepada rakyat untuk menentukan kerajaan baru