MAHU menyelamatkan diri. Format kenyataan dan modus operandi kedua-dua Adun sama. Jamaluddin Mohd Radzi dan Osman Jailu maisng-masing mewakilkan diri mereka untuk satu sidang media kepada wakil yang berbeza. Kedua-duanya, tidak muncul.
Jamaluddin dalam perjalanan dari Pahang ke Kuala Lumpur. Sementara Osman ke hospital kerana demam. Pandai buat sidang akhbar. Guna wakil untuk bercakap. Ada alasan "berdaftar" mengapa "hilang".
Paling ketara, tarikh keluar "persembunyian" sekalipun dalam bentuk kenyataan sama, iaitu hari ini 2 Februari 2009. Sidang media berasingan. Tetapi dua-duanya ada kenyataan akhbar. Lenggok bahasanya sama. Gaya penceritaannya serupa.
Isu pentingnya, menafikan mereka letak jawatan. Mereka masih Adun Behrang dan Changkat Jering. Apatah lagi pengakuan bahawa mereka juga adalah Exco Kerajaan Negeri Perak. Apakah muslihat di sebalik semuanya ini?
Barangkali mereka sudah tersepit. Dua yang melompat tidak membolehkan BN berkuasa semula. Di mana BN nak cari seorang lagi. Nasharuddin Hashim tidak termasuk percaturan mereka. Tetapi pada masa yang sama, Tuhan itu Maha Kaya, apabila kedua Adun ini "dicekup" di Kuala Lumpur satu peristiharan Adun Bota menyertai PKR diumumkan. Inilah malangnya BN.
Jadi nak buat apa dua Adun ini "dibeli" BN sekarang. Sudah tidak ada nilai. Siapa nak bayar sampai RM10 juta atau RM50 juta seperti yang diperkatakan? Mereka sudah tidak laku lagi. Imej dan wibawa sudah cedera parah. Integriti punah. Langkahnya, terpaksa berdalih dan mendapatkan semula peluang dari jawatan yang ada. Tak gitu...?

Tiada ulasan:
Catat Ulasan