Jumlah Paparan Halaman

Ahad, Januari 16, 2011

Ada sekolah pondok tapi dakwah hanya di kalangan Melayu, yang kafir terus kafir - Mursyidul AM PAS

Para blogger diberi peluang bergambar bersama Tok Guru Nik Aziz dan saff Exco Kerajaan Kelantan sebelum majlis bersurai kira-kira jam 11.20 malam

Tok Guru Nik Aziz memberikan ucapan yang ringkas tetapi bernas sebagai nasihat dan ukhwah

Tarmizi (Sanggahtoksago.Com) bertemu sahabat Wan Nik Wan Yusuf yang kini Setiausaha Politik MB Kelantan 

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris antara tetamu yang diraikan Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman, Ketua Pemuda PAS Kelantan (kanan) 

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memperingatkan blogger-blogger Pakatan Rakyat betapa Islam telah tertinggal dalam mengendalikan satu perkara, berkenaan dakwah terhadap orang bukan Islam. dakwah di negara ini sejak dahulu hingga kini lebih mementingkan soal dakwah terhadap sesama islam dan orang Melayu.

"Di Kelantan, kita bina pondok, bina sekolah agama, sekolah Arab tetapi orang Cina yang tinggal di sebelah pagar Masjid Muhammadi Kota Bharu terus tidak Islam sejak lebih 20 tahun dahulu hingga kini. Tak dak apa-apa. Tiada usaha untuk ajak mereka masuk islam atau lakukan dakwah!".

"Apa tidaknya, anak-anak mereka hendak bermain di kawasan tanah lapang di masjid itu pun kita larang. Kita kata haram. Padahal Rasulullah dahulu, orang kafir ini kencing dalam masjid pun dia tidak halau mereka. Ajak orang kafir berurusan di masjid," katanya kepada lebih 200 blogger malam tadi dalam satu majlis anjuran Kerajaan Kelantan "Makan Malam & Dialog MB Kelantan Bersama Blogger & Facebooker" di Hotel Grand Seasons, Kuala Lumpur.

Katanya lagi, itu bukan cara Islam Rasulullah SAW, tapi itu Islam orang Melayu yang diajar Umno selama ini. Sebab itu jelasnya, orang kafir kekal kafirnya akibnat tiada dakwah dari orang Islam (Melayu) di negara ini termasuklah pembukaan pondok-pondok, sekolah agama, sekolah Aran yang tidakj menjurus untuk mendakwahkan orang bukan Islam.

Beliau mengajak para blogger memikirkan hal ini, kerana Islam bukan hanya untuk orang Melayu sahaja tetapi orang Cina dan India di negara ini mesti didakwahkan agar memahami tentang keadilan Islam.

Selain Tok Guru Nik Aziz, turut hadir meraikan para blogger termasuklah Timbalannya, Dato' Ahmad Yaakob, saff Exco; Dato' Husam Musa; Dr. Mohamed Fadzli Dato Hassan; Dato' Takiyuddin Hassan; Hajjah Wan Ubaidah Omar; Che Abdullah Mat Nawi; Speaker, Dato' Nasharuddin Daud; Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fattah Harun; Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dan Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Kelantan, Ustaz Abdul Rahman Yunus.

0 ulasan: