KLIK JOM FOLO DI SINI

Ahad, Januari 16, 2011

Meleset habis: Tiada soalan 'hot' untuk Tok Guru Nik Aziz, blogger betul-betul 'cool'

Tarmizi (kiri) bersama Exco Penerangan Kerajaan Kelantan, Dr. Fadzli Dato Hassan (tengah) dan Ismail Yahya, facebooker sebaik usai majlis


Banyak pihak pada mulanya, menjangkakan Majlis Makan Malam & Dialog Blogger Bersama Tok Guru Nik Aziz akan 'panas' dengan asakan soalan-soalan tentang "Pertemuan PAS-Umno" di Istana Terengganu pada 24 Disember tahun lalu, kepada Mursyidul Am PAS itu.

Lebih 200 blogger yang hadir, betul-betul "cool'. Soalan demi soalan yang di kemukakan disulami dengan pandangan dan cadangan. Blogger TelokBakong.Online (TBO) Amri Mat Said membuka tirai. Kemudian iikuti beberapa blogger lain termasuklah Edyes.Com; Abu Nawas, Ibnuhashim.blogspot, Azizi Abdullah, Shukor Harun dan Zainulfaqar.

Tiada isu "Pertemuan PAS-Umno" dibangkitkan. Namun dalam benak para blogger, itulah sebenarnya soalan cepumas yang akan ditanya. Dengan harapan Tok Guru Nik Aziz akan mendedahkan hal pertemuan itu pada malam tersebut.

Dalam tinjauan saya, rakan-rakan daripada The Malaysia Insider, Malaysiakini, Merdeka Review  serta para blogger lain, amat mengharapkan Tok Guru "menceritakan" kisah peertemuan itu. Namun, sehingga tamat, isu panas itu tidak berbangkit. Beberapa kali tepukan gemuruh diterima Tok Guru apabila menjawab scera mudah, bernas dan tajam terhadap beberapa isu yang dibangkitkan.

Tiada ulasan: