"Saya masih ingat, saya pergi ke rumahnya pada tahun 80an bertemu anaknya bernama Murshid, menunjukkan kesan-kesan keCinaan yang masih ada seperti perigi, di belakang rumahnya di tengah Pekan Bayan Lepas Pulau Pinang.
"Kata Murshid, datuknya memang sudah Islam dari negara China, berasal dari daerah Kwantong. Waktu datang ke sini dulu rambutnya masih bertocang panjang seperti yang dapat dilihat dalam filem-filem Kungfu Cina."
Menurut Dr Hj Mohd Hasyim dari Blog Ibnu Hasyim (gambar kanan) lagi, Hj Mansur JP juga adalah orang yang pertama membina sistem pengajian pondok di pulau tersebut, di pulau yang tidak termasuk Seberang Perai. Biasanya 'pondok' menjadi sarang kegiatan Islam dan PAS pada waktu itu.
"Kalau tuan-tuan melalui jalanraya dari Bayan Lepas ke Sungai Batu, Balik Pulau di sebelah kanan jalanraya simpang tiga, tuan-tuan akan lihat sebuah madrasah yang di anjungnya ada ukiran gambar 'kipas tradisi Cina'. Di situlah didirikan sistem pengajian pondok mengajar agama Islam." katanya.
Selepas genarasi awalan itu, kita belum dengar lagi orang-orang Cina masuk PAS beramai-ramai kecuali menjelang di tahun 80an. Oleh itu tidak hairanlah bila kini Tuan Guru Nik Aziz, mengambil pendekatan berbeza dalam menangani orang-orang Cina supaya masuk Islam atau menyertai PAS.
"Hatta dalam majlis kenduri kahwin anak bungsu saya baru-baru ini, saya jemput 40 sami untuk sama-sama meraikan majlis itu. Apa orang nak kata.." kata Tok Guru di majlis suakenal tersebut.
Lebih 100 orang hadir pada majlis Hi-Tea Mee Goreng Tenang ini. Turut hadir Yang DiPertua PAS, Ishak Surin; Naib YDP, Tarmizi Mohd Jam; Setiausaha, Ismail Yahya; Ketua Penerang, Jamhur Nawawi; Bendahari, Rosden Yasin serta saff kepimpinan PAS Batu semua peringkat. Antara tetamu yang hadir selain Ibnu Hashim dan YB Drs. Khalil Idham Lim, termasuklah penulis prolifik Haji Subky Latif; Ketua Penerangan Muslimat PAS Pusat, Salbiah Abdul Wahab; YDP Bukit Bintang, Radzi Othman; Setiausaha PAS Kepong, Amran Abdul Majid.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan