LEBIH 2,000 orang hadir mendengar ucapan pejuang-pejuang bahasa termasuklah gegaran sindir sinis Naib Presiden PAS, Mohd Sabu; Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Hanifa Maidin dan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohd Noor Mohamad. Dewan yang sarat dengan pencinta bahasa itu digamatkan dengan pantun khas Mohd Sabu kepada Sasterawan Negara berbunyi:
Bukan pujangga bukan fatwa
Sambil mengarang di bawah titi
Janggut putih bukannya tua
Itulah orang terus berbakti
Pak Samad terlalu istimewa pada malam itu. Beliau begitu bersemangat untuk menentang dan memusnahkan PPSMI. Bukan sahaja hadir pada Pelancaran Kempen Himpunan 100,000 Rakyat Membantah PPSMI di kaki lima Sogo tetapi pada malam 1 Februari itu, beliau mendeklamasikan sajaknya yang cukup menyentuh nurani.
Pak Samad mendendangkan sajaknya yang indah, menyindir sinis kerajaan dan memenggal tajam para pencinta PPSMI. Hampir 20 minit beliau mendeklamasikan sajak "Aku seorang tua". Betapa sayu malam itu. Isinya amat menyayatkan hati bagaimana bahayanya satu bangsa dan negara apabila bahasa ibunda di ketepikan.
Pejuang bahasa seperti Timbalan Pengerusi Gerak Mansuh PPSMI (GMP) Prof. Dr. Shaharil Mohd Zain dan Prof. Dr Abdullah Hassan (UPSI) mempertegaskan prinsip penentangan mereka terhadap PPSMI yang dicetuskan Tun Mahathir Mohamad pada tahun 2003 lalu.
Penulis buku, Ainon Mohamad, Setiausaha GMP, Husni Abbas dan Dinsman antara yang mengiringi Sasterawan Negara.
Program malam itu adalah lanjutan Pelancaran Kempen GMP Himpunan 100,000 Rakyat Ke Istana Negara 7 Mac depan, yang diadakan petang 31 Januari di Sogo, Kuala Lumpur. Ia dianjurkan oleh Jawatan Kuasa Bertindak Membantah PPSMI PAS Wilayah Persekutuan.
Kempen membantah PPSMI begitu positif dengan kehadiran luar biasa untuk suatu ceramah semi-akademik. Ini satu perkembangan yang baru dalam politik Malaysia yang sudah mula sedar dan semangat untuk tolak BN masih membara.
Gerak Mansuh PPSMI (GMP) bukan menentang bahasa Inggeris tetapi menentang penggunaan bahasa itu sebagai bahasa pengantar untuk pengajaran dan pembelajaran Metematik dan Sains di sekolah-sekolah.
Adalah dipercayai, lebih ramai tokoh dan pejuang akan menyertai gerakan ini. Ini adalah momentum rakyat dan kesedaran jitu mereka terhadap masa depan anak bangsa.
Kalau golongan sasterawan dan tokoh akademik sudah berani turun ke padang bersama rakyat untuk menentang dasar ini, maka ini adalah satu perkembangan yang cukup baik.
Maka satu perubahan lanskap politik negara akan berubah dan mempercepatkan kita menghantar UMNO/BN ke sakaratul maut, kata Ustaz Idris Ahmad yang mempengerusikan majlis.
"KALAU tak 'celup' kaki kat markaz PAS ni tak sah untuk perjuangan." Begitulah kata-kata Sasterawan Negara, Dato' A Samad Said secara berseloroh sewaktu minum-minum di Restoran Taqwa, selepas usai Ceramah Membantah PPSMI di Markaz Tarbiyah PAS Taman Melewar.
Inilah julung kali, Pak Samad menjejaki kakinya ke Markaz PAS itu. Dan Pak Samad menafikan dia diperalatkan oleh mana-mana pihak bila berjuang menentang PPSMI ini.

1 ulasan:
KENAPA DAH 5 TAHUN BARU NAK SEDAR? INI PERSOALANNYA. NAMA GREAK TAPI BARU SEKARANG NAK BERGERAK. KHAAKKHATTTUIH!!!!!!!!! 1 LAGI KALAU PERMIT BERHIMPUN TAK DILULUSKAN ADAKAH Prof. Dr. Shaharil Mohd Zain dan Prof. Dr Abdullah Hassan DAN YANG LAIN2 SANGGUP KENA ISA DIKEMUNTING BUAT DEMO HARAM?. AKU CABAR!!!
Catat Ulasan