KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, Februari 02, 2009

Najib akan trauma lagi di Behrang dan Changkat Jering

Masa depan Najib Tun Razak makin terancam sekalipun menang selesa kerusi Timbalan Presiden Umno...

ABDUL AZIZ MUSTAFA mengirimkan ulasan terkini yang dikutip dari pimpinan PAS, mengulas kemelut Pakatan Rakyat di Perak: BN dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu akan berulang jika pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Behrang dan Changkat Jering diadakan, kata Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Trend sekarang ialah trend menolak Umno dan Barisan Nasional. Rakyat tidak mahu apa yang dibimbangi oleh (bekas Perdana Menteri, Tun) Dr Mahathir (Mohamad) akan berlaku di mana beliau berkata, kita akan dapat kerajaan Umno yang tidak bermoral dan rasuah selepas pemilihan Umno Mac ini jika orang yang diketahui umum terlibat dengan rasuah dipilih," katanya.

Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V Sivakumar berkata beliau telah menerima surat peletakan jawatan dari Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang, Jamaluddin Mat Radzi dan Adun Changkat Jering, Osman Jailu.

Bagaimanapun, Jamaluddin menafikan mereka meletakkan jawatan. Menurut laporan The Star Online, beliau juga mencabar kesahihan surat peletakan jawatannya itu.

Sebaliknya, kata beliau, ia merupakan surat tidak bertarikh yang mana beliau dan enam lagi Adun PKR diminta tandatangani pada Mac tahun lalu. Katanya, surat itu hanyalah satu ikrar taat setia, yang menyatakan jika mereka (Adun) keluar dari PKR, maka mereka akan secara automatik mengosongkan kerusi masing-masing.

"Saya masih Adun Behrang," Jamaluddin dipetik sebagai berkata.

Mengulas penafian Jamaluddin itu, Mahfuz berkata, jika surat tersebut telah ditandatangani dan ia jelas menyebutkan pengosongan kerusi, kedua-duanya dengan sendirinya terlucut jawatan mereka.

"Eloklah mereka mengosongkan kerusi kerana mereka tidak menjalankan tugas dengan baik. Mereka hilang berhari-hari tanpa dapat dikesan ketika Perdana Menteri menyatakan ada kemungkinan Adun dari Pakatan Rakyat (PR) di Perak akan menyertai BN.

"Kita amat yakin BN menyambut baik pengosongan kerusi kedua-dua Adun itu kerana para pemimpin mereka jugalah yang sebelum ini mahu supaya wakil rakyat yang melompat parti supaya mengosongkan kerusi.

"Sekarang sudah terlaksana. Kita yakin BN pasti akan menyambut baik perkembangan ini," katanya.

Anak kepada Jamaluddin pula mendakwa bapanya mungkin menjadi wakil rakyat Bebas. Sebuah akhbar tempatan melaporkan, Ali, 25, mendakwa bapanya tidak akan menyertai BN seperti dilaporkan media.

Ketika ditemui pemberita di pejabatnya, di sini, hari ini, Ali juga mengesahkan keluarganya tidak dapat menghubungi Jamaluddin sejak Isnin lalu.

1 ulasan:

tok iskandar berkata...

Tak dapat tidak pilihanraya kecil akan diadakan di Behrang dan Changkat Jering.Kebodohan 2 orang Exco PKR yang kononnya mengambil cuti MC jika dibawa ke mahkamah alasan itu bakal menjadi bahan jenaka seantero dunia.

Ketika korang tandatangan surat akujanji dulu yang mengatakan otomatik letak jawatan jika keluar dari PKR,tiada sebarang unsur paksaan dilakukan terhadap korang.Ini bermakna korang berkerelaan bebas ketika melakukannya.Jika dipaksa mengapa korang tak buat laporan polis ketika itu.

Tok ingat Peguam Negarapun malu nak ambil kes korang.Hakimpun malu nak menangkan kes korang.Last-last korang buat laporan polis.Apa ke halnya report polis ni.2 insiden yang berlaku dalam dua minggu iaitu pembunuhan Kugan dan kes kemalangan maut anak saudara Tuan Guru Haji Hadi yang dilanggar kenderaan milik Ketua Polis Negara menyukarkan pihak polis berpihak kepada UMNO dan BN,inikan pula nak menolong korang.

Sebab korang berdua,imej UMNO kini terjejas teruk.Jika UMNO cuba membantu korang,rakyat akan semakin yakin UMNO itu parti yang kuat rasuah.Rakyat juga akan bertambah yakin,Najiblah dalang utama "penculikan" kedua-dua Exco PKR itu.UMNO juga akan dianggap sebagai bacul jika membantu kedua Exco ini mencabar keputusan kerajaan Pakatan Rakyat Perak di mahkamah.Kenapa perlu takut kepada pilihanraya kecil jika yakin kepada kuasa rakyat.UMNO kini berada di persimpangan dilema.

Langkah terbaik buat UMNO ialah menjarakkan diri daripada kedua Exco PKR ini serta bersiap sedia menghadapi pilihanraya kecil di Behrang dan Changkat Jering.

Lebih malang lagi nasib kedua Exco PKR ini,sudahlah hilang wang pertaruhan awal-awal lagi kerana hilang kelayakan bertanding selama 5 tahun kerana telah meletakkan jawatannya.

Ke mana korang pergi akan mendapat cemuhan masyarakat yang bencikan barua seperti korang.Kes korang ni bolehlah dikategorikan sebagai lawak antarabangsa.Ambil MC tapi tak bagitau majikan korang hatta keluarga korangpun korang tak bagitau.

Jika UMNO masih berdampingan dengan korang,aura kebodohan korang akan meresap ke dalam UMNO.Maka jadilah UMNO dulu,kini dan barangkali selama-lamanya bodoh.

Yang paling bodoh ialah Najib kerana mempercayai korang tanpa buat homework dulu.Eloklah Najib letak jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Perak kerana kebodohannya itu.Jika ada lagi seorang ADUN BN Perak daripada parti luput tarikh UMNO menyeberangi Pakatan Rakyat,bodoh Najib tak dapat ditutup lagi.

Tok yakin ketika itu khairi gelak besar dan citer pasal kebodohan Najib akan menjadi bahan jenaka di lobi parlimen dan di persidangan PBB ketika sesi rehat.

Tok nak pinjam gelak Radenjowo...wakakakakakak